Judul : Sirul rayu visa perlindungan di Australia
link : Sirul rayu visa perlindungan di Australia
Sirul rayu visa perlindungan di Australia
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Sirul Azhar Umar, pegawai polis yang didakwa membunuh model warga Mongolia, Altantuya Shariibuu memohon pihak berkuasa Australia agar tidak menolak permohonan visa perlindungannya.
Menurut laporan akhbar The Australian, Sirul menyatakan dia bakal berdepan dengan 'prospek nyata' untuk dikenakan hukuman mati sekiranya dihantar pulang ke Malaysia.
Sehubungan itu, dia memohon visa perlindungan untuk dibebaskan dan hidup di negara berkenaan.
Akhbar itu melaporkan, peguam Sirul membuat rayuan berkenaan sebagai maklum balas kepada notis rasmi Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia.
Jabatan itu menyatakan mereka sedia menolak permohonan Sirul, atas alasan dia melakukan “jenayah bukan politik yang serius” sebelum memasuki Australia.
Sirul didakwa membunuh Altantuya pada Oktober 2008 bersama bekas inspektor polis, Azilah Hadri.
Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 membebaskan beliau. Pihak pendakwaan tidak merayu terhadap pembebasannya.
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 2009 mendapati Sirul dan Azilah bersalah membunuh Altantuya dan dijatuhkan hukuman mati.
Bagaimanapun, Mahkamah Rayuan pada 23 Ogos 2013 membebaskan mereka menyebabkan kerajaan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan.
Pada 13 Januari 2015, Mahkamah Persekutuan memutuskan tiada kesilapan dalam keputusan Mahkamah Tinggi pada 2009 menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-dua lelaki itu.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Sirul rayu visa perlindungan di Australia
Sekianlah artikel Sirul rayu visa perlindungan di Australia kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sirul rayu visa perlindungan di Australia dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/sirul-rayu-visa-perlindungan-di.html