Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis

Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis
link : Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis

Baca juga


Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis

 
Walaupun mendapat restu partinya, penganalisis mempersoalkan langkah Azmin Ali berunding dengan pihak luar tanpa terlebih dulu melalui Majlis Presiden Pakatan Harapan.


kamarul-azmin-pas


PETALING JAYA: Pemerhati politik mempersoalkan hujah Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali yang menyatakan perbincangannya dengan PAS tidak ada kaitan dengan gabungan 4-parti Pakatan Harapan (PH) yang disertai PKR.

Dr Kamarul Zaman Yusoff dari Universiti Utama Malaysia berkata di bawah piagam PH, semua rundingan dengan pihak luar mesti mendapat persetujuan Majlis Presiden PH.

Selain PKR, PH turut disertai DAP, Amanah dan PPBM.

“Sekiranya tidak faham atau tidak mematuhinya, saya rasa lebih baik beliau berundur daripada jawatan timbalan presiden PH dan juga pengarah pilihan raya,” Kamarul memberitahu FMT.

Pada Sabtu, Azmin mendakwa rundingannya dengan PAS mendapat mandat parti, selepas timbul spekulasi PKR cuba mengadakan perjanjian berasingan dengan PAS bagi memastikan pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

“Mereka selalu kata rundingan itu inisiatif saya, tetapi sebenarnya bukan inisiatif peribadi saya.
Rundingan itu keputusan PKR. Saya mewakili parti,” kata Azmin, yang menyifatkan perbincangan dengan PAS sebagai “tidak rasmi” dan hanya melibatkan PKR dan PAS.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Selayang, William Leong mengumumkan keluar daripada Biro Politik PKR, badan tertinggi yang memutuskan hala tuju parti itu.

Semalam, Pengerusi PH, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika ditanya mengenai langkah PKR masih berunding dengan PAS, enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata ia akan dibincangkan di peringkat Majlis Presiden minggu ini.

Seorang lagi pemerhati politik, Prof Ahmad Atory Hussain bersetuju sebarang keputusan yang memberi kesan kepada PH mesti diputuskan Majlis Presiden.

Akademik Universiti Sains Malaysia itu berkata tidak ada halangan bagi sesebuah parti dalam PH bekerjasama dengan parti lain dengan syarat ia menerima mandat rakan kongsi lain.

Mei lalu, PAS memutuskan kerjasama selama 2 dekad bersama pemimpin PKR, mendakwa parti itu melanggar syarat “tahaluf siyasi” dan menentang perjuangan Islam yang dibawa PAS.

Kamarul bagaimanapun tidak yakin rundingan PAS-PKR akan membuahkan hasil, walaupun bersetuju “semuanya boleh dalam politik”.

“Dengan kaedah yang sesuai, mungkin PAS dapat diubah ke arah PKR tetapi kemungkinan itu amat tipis,” katanya.

Atory berkata ketegasan PAS enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP menjadikan sebarang kerjasama PKR-PAS mustahil.

Sementara itu, Kamarul berkata PKR perlu memanggil mesyuarat agung tergempar untuk menyelesaikan kemelut di peringkat akar umbi.

“Biar ahli akar umbi memutuskan sama ada mahu PKR meneruskan rundingan dengan PAS atau tidak.”



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis

Sekianlah artikel Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Rundingan dengan PAS langgar piagam PH, kata penganalisis dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/rundingan-dengan-pas-langgar-piagam-ph.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :