Judul : Remaja ditahan didakwa diupah untuk menyamar
link : Remaja ditahan didakwa diupah untuk menyamar
Remaja ditahan didakwa diupah untuk menyamar
SHAH ALAM - Tiga orang remaja yang ditahan ketika insiden keganasan sewaktu penganjuran Forum Nothing To Hide 2.0 didakwa telah diupah untuk menyamar sebagai ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ketua Armada, Syed Saadiq Syed Abdul Rahman mendakwa, tiga individu terbabit telah menyamar dan baju t-shirt yang dipakai oleh pihak terlibat juga bukannya merupakan baju rasmi Armada.
"Kami dimaklumkan bahawa ketiga-tiga remaja yang ditangkap oleh pihak polis adalah remaja yang berada dibawah umur.
"Mereka ini adalah remaja yang berumur 17,18 dan 19 tahun dan umum mengetahui, ada syarat umur yang ditetapkan bagi menjadi ahli Armada,"katanya dalam satu kenyataan.
Semalam, Forum Nothing To Hide 2.0 dicemari insiden keganasan melibatkan para peserta yang bertindak untuk membaling kerusi, melontar selipar dan mencampak suar.
Susulan kekecohan itu, tiga suspek lelaki berusia 17 hingga 19 tahun ditahan polis bagi siasatan lanjut.
Dalam pada itu, menerusi semakan keahlian, Syed Saddiq mengesahkan bahawa ketiga-tiga remaja terbabit bukannya merupakan ahli Armada.
"Persoalannya, jika mereka bukan ahli Armada, siapakah yang telah memperalatkan mereka untuk cubaan mencederakan Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad?"katanya.
Mengulas semula kejadian itu, Syed Saddiq memaklumkan bahawa pada satu jam setengah yang pertama semuanya berjalan dengan lancar apabila Tun Mahathir menjawab segala persoalan termasuklah berkenaan bekas timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kekayaan anak-anaknya dan isu Mamali.
"Semuanya berjalan dengan lancar sehinggalah pihak pihak yang tidak bertanggungjawab ini bertindak membaling kasut, botol dan juga flares ke arah Tun Mahathir.
"Tindakan ini bertujuan untuk menggugat keselamatan Tun Mahathir, dan cubaan untuk sabotaj program Nothing to Hide 2.0 yang diadakan khas bagi menjawab segala persoalan rakyat Malaysia,"katanya.
Susulan insiden itu, Syed Saddiq berkata beberapa orang sukarelawan program turut mengalami kecedaraan ringan di kepala, malah ada juga tetamu yang cedera akibat balingan kerusi.
Syed Saddiq berkata, pihaknya turut menyatakan rasa hormat kepada rakan Armada yang sanggup menggadaikan keselamatan mereka demi mempertahankan Mahathir.
"Saya pasti mereka buat ini (kekecohan) hanya untuk mendiamkan kita tetapi semakin kuat kita ditekan oleh mereka semakin kuat semangat perjuangan kami.
"Saya masuk dunia politik untuk bersihkan negara dari puak tidak bertanggungjawab ini. Perjuangan belum selesai," katanya. - SH
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Remaja ditahan didakwa diupah untuk menyamar
Sekianlah artikel Remaja ditahan didakwa diupah untuk menyamar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Remaja ditahan didakwa diupah untuk menyamar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/remaja-ditahan-didakwa-diupah-untuk.html