Judul : Penahan Isa bukti kesilapan besar PM, kata Presiden ANAK
link : Penahan Isa bukti kesilapan besar PM, kata Presiden ANAK
Penahan Isa bukti kesilapan besar PM, kata Presiden ANAK
MALAYSIA DATELINEPenahanan Tan Sri Isa Samad hari ini oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuktikan isu penyelewengan dan salah guna kuasa yang dibangkitkan Persatuan Anak Peneroka Felda (ANAK) selama ini berasas, kata Presidennya Mazlan Aliman.
Beliau menegaskan persatuan itu mengalu alukan penahanan Isa oleh SPRM berkaitan dengan dakwaan isu pembelian hotel di Kensington London dan Kuching yang jauh lebih mahal dari harga pasaran.
"Tindakan Perdana Menteri, melantik dan mengekalkan Isa Samad sebagai Pengerusi Felda sejak 2011 hingga 2016 adalah suatu kesilapan besar.
"ANAK begitu sedih kerana masa yang begitu lama diambil hingga berbilion wang peneroka lesap dan kerosakan yang dialami amat dahsyat," ujarnya.
Beliau juga menegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak perlu menamatkan serta merta pelantikan Isa sebgai Pemangku Pengerusi SPAD.
"Dari awal, Isa Samad memang tidak dialu- alukan di SPAD. Sewajarnya perdana menteri harus bertegas 'menyingkirkan' Isa segera," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hari ini Isa ditahan SPRM bagi membantu siasatan berkaitan kes pembelian dua hotel oleh Felda Invesment Corporation (FIC).
Portal berita Malaysiakini yang memetik sumber melaporkan, penahanan Isa ada kaitan dengan siasatan agensi antirasuah itu terhadap pembelian dua hotel oleh FIC.
Menurut sumber, Isa hadir untuk memberi keterangan kepada SPRM di ibu pejabat agensi terbabit di Putrajaya kira-kira jam 2.40 petang tadi.
Beliau kemudian ditahan kira-kira satu setengah jam kemudian.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki mengesahkan penahanan Isa.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Penahan Isa bukti kesilapan besar PM, kata Presiden ANAK
Sekianlah artikel Penahan Isa bukti kesilapan besar PM, kata Presiden ANAK kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Penahan Isa bukti kesilapan besar PM, kata Presiden ANAK dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/penahan-isa-bukti-kesilapan-besar-pm.html