Judul : Pasukan selenggara pastikan padang MBPJ dalam keadaan terbaik
link : Pasukan selenggara pastikan padang MBPJ dalam keadaan terbaik
Pasukan selenggara pastikan padang MBPJ dalam keadaan terbaik
THE MALAYSIAN TIMES
PETALING JAYA: Sebanyak 36 perlawanan akan berlangsung dalam tempoh dua hari untuk acara ragbi Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) dan pastinya kualiti padang menjadi isu dan cabaran besar.
Namun pengurusan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) yang bertanggungjawab menguruskan Stadium MBPJ yang menjadi venue acara itu, memberi jaminan kualiti padang akan diselenggara dengan baik.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang meninjau venue itu hari ini yakin MBPJ dan Kesatuan Ragbi Malaysia (MRU) akan melakukan yang terbaik dalam memastikan kualiti padang di venue itu sentiasa terjaga untuk semua perlawanan.
“Ia akan kerap digunakan, jadi kami harap pihak yang menyelenggara padang dapat memperbaiki padang setakat mana yang boleh dengan masa yang ada, sebelum perlawanan seterusnya bermula.
“Yang kami risau sikit ialah cuaca, tapi ragbi ini biasalah, kalau padang itu berlecak sikit dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas meninjau stadium berkenaan bersama presiden MRU Datuk Shahrul Zaman Yahya, di sini, hari ini.
Acara ragbi KL2017 akan diadakan mengikut format round robin dengan dua pasukan teratas akan layak ke final untuk perebutan pingat emas, manakala kedudukan tempat ketiga dan keempat, akan beraksi untuk perlawanan penentuan pingat gangsa.
Acara ragbi tujuh sebelah (7s) bagi kategori lelaki dan wanita akan diadakan pada Sabtu (19 Ogos) dan Ahad (20 Ogos) ini.
Mengulas persiapan Malaysia, Shahrul Zaman bekata kedua-dua pasukan (lelaki dan wanita negara) mampu membuat kejutan ke final berdasarkan prestasi semasa mereka.
Mengulas mengenai Pusat Luncur Ais di Empire City, di Damasara, Khairy Jamaluddin berkata venue bagi acara hoki ais dan luncur ais KL2017 itu kini sudah siap sedia untuk pertandingan.
Acara hoki ais bermula Ahad ini sebelum berakhir pada 24 Ogos, manakala luncur ais pada 26 Ogos dan berakhir pada 30 Ogos.
Malaysia merupakan perintis kepada penganjuran acara sukan musim sejuk itu di Asia Tenggara.
— BERNAMA

Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pasukan selenggara pastikan padang MBPJ dalam keadaan terbaik
Sekianlah artikel Pasukan selenggara pastikan padang MBPJ dalam keadaan terbaik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pasukan selenggara pastikan padang MBPJ dalam keadaan terbaik dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/pasukan-selenggara-pastikan-padang-mbpj.html