Judul : Menoreh sampai malam hanya dapat RM30
link : Menoreh sampai malam hanya dapat RM30
Menoreh sampai malam hanya dapat RM30
AMNI JAGATPenoreh getah di Kampung Tenang, Segamat yang bekerja dari pagi hingga malam hanya mampu membawa pulang RM30 daripada jerih payah membanting tulang sepanjang hari. Dalam keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat, pendapatan yang mereka dapati tidak setimpal dengan perbelanjaan harian.
Salah seorang daripada mereka, Baharudin Ismail, 44, yang senang dipanggil Din mengeluh kerana terpaksa mencatu makanan seisi rumahnya akibat pendapatan yang sedikit.
Din terpaksa bekerja siang dan malam demi menyara kehidupan keluarganya yang menanti di rumah dengan penuh harapan dalam keadaan kelaparan.
Dalam sebak Din meneruskan cerita kehidupannya. Beliau mempunyai dua anak yang masih bersekolah dan seorang anak berusia 2 tahun. Belanja hidup seharian lebih diutamakan Din daripada perkara-perkara lain. Apatah lagi pendapatannya tidak dapat menampung perbelanjaan harian.Din mengambil upah menoreh di kebun-kebun orang. Hasil pendapatan jualan getah dibahagi dua dengan tuan kebun.
Keringat, airmata dan kesakitan adalah teman Din setiap hari dalam melayari kehidupan di Kampung Tenang Segamat Johor ini. Din berkata bukan dia seorang sahaja yang mengalami nasib sedemikian, malah majoriti orang sepertinya ada di Kampung Tenang itu.
Din berharap, apa yang dialaminya dapat menjadi dorongan kepada pihak-pihak berwajib untuk membantu penoreh-penoreh getah seperti beliau.
Akhir-akhir ini, kata Din barangan keperluan harian semakin mahal tetapi pendapatan hasil menoreh semakin kecil. Jika harga getah naik pun ia tidak dapat menampung juga kos sara hidup yang bagi Din semakin menggila.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Menoreh sampai malam hanya dapat RM30
Sekianlah artikel Menoreh sampai malam hanya dapat RM30 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Menoreh sampai malam hanya dapat RM30 dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/menoreh-sampai-malam-hanya-dapat-rm30.html