Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini

Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini
link : Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini

Baca juga


Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini

OLEH NORHAYATI UMOR

KLANG


KLANG: Bandar DiRaja Klang, bandar yang pernah menjadi ibu negeri Selangor suatu ketika dulu, kini menjadi destinasi pelancongan terpenting di Selangor ekoran jumlah pengunjung semakin meningkat saban tahun.

Bandar yang sarat dengan peninggalan sejarah itu juga diwartakan sebagai Tahun Melawat Klang tahun ini.

Yang DiPertua Majlis Perbandaran Klang (MPK), Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, setakat Julai lalu, hampir lima juta pengunjung direkodkan hadir ke daerah itu sempena Tahun Melawat Klang 2017.

Katanya, Heritage Walk, Muzium Diraja dan Guan Yin Temple merupakan antara tarikan yang menyumbang kepada pertambahan pelancong.

SUNGAI KLANG

“Mengikut data yang direkodkan Galeri Diraja Sultan Abdul Aziz mencatatkan 5,600 pengunjung; rangkaian gedung perniagaan borong GM Klang, seramai 1.3 juta dan Bousted Cruise Centre, seramai 130,000.

“Manakala, Pulau Ketam mencatatkan seramai 2 juta pengunjung; City Heritage Tour sebanyak 1.3 juta dan Istana Alam Shah seramai 3,500 pengunjung,” katanya kepada SelangorKini.

Yasid berkata, pencapaian Tahun Melawat Klang 2017 itu disifatkan berjaya dilaksanakan ekoran jumlah kedatangan pengunjung mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini.

“Setakat ini, pencapaian kedatangan pelancong sempena Tahun Melawat Klang 2017 amat memberangsangkan. Kita juga menubuhkan satu pasukan iaitu Ahli Jawatankuasa Kecil Pelancongan bagi membantu menjana lagi kedatangan orang luar ke sini,” katanya.

Terdahulu, Yasid memaklumkan peningkatan tahap kebersihan dan hasil pemuliharaan Sungai Klang juga memainkan peranan terpenting dalam usaha mempromosikan Klang sebagai produk pelancongan.

Katanya, kedatangan pelancong meningkat apabila Klang kini menawarkan suasana lebih menarik dan bersih termasuk Sungai Klang sendiri.

Sungai Klang 2

Antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun ialah Royal Klang Town Heritage Walk, Jom Berkelah, ‘We Love Klang Treasure Hunt’, lawatan ke Pulau Ketam, pertandingan memancing selak tirai, Klang Arts Festival, pertandingan fotografi Jambatan Kota, kayuhan basikal klasik dan ‘We Love Klang Food Festival’.

Antara lain produk pelancongan yang menarik di Bandar Diraja Klang ialah Istana Alam Shah, Galeri Diraja, Pusat Pemborong Terbesar di Asia Tenggara GM Klang, Royal Klang Heritage Walk dan Boustead Cruise Centre.

Pada 2015, daerah itu menerima lebih 5.2 juta pengunjung di tujuh lokasi menarik di Klang manakala ia meningkat kepada 7.9 juta pengunjung pada 2016.=EZY=




Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini

Sekianlah artikel Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Hampir 5 juta pelancong sudah melawat Klang tahun ini dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/hampir-5-juta-pelancong-sudah-melawat.html

Subscribe to receive free email updates: