Judul : Enggan Menahan 'Jho Low', Azmin Heret 'Ketua Polis' Ke Mahkamah !
link : Enggan Menahan 'Jho Low', Azmin Heret 'Ketua Polis' Ke Mahkamah !
Enggan Menahan 'Jho Low', Azmin Heret 'Ketua Polis' Ke Mahkamah !
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Azmin Ali hari ini memfailkan saman terhadap Ketua Polis Negara di Mahkamah Tinggi bagi mendesak Tan Sri Khalid Abu Bakar menyiasat Low Taek Jho atau Jho Low.
Timbalan presiden PKR itu dalam tuntutannya mahu mahkamah mengeluarkan perintah kepada Khalid untuk mengesan dan menahan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang itu yang dikaitkan dengan skandal 1MDB, atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang.
“Hari ini saya kemukakan permohonan supaya mahkamah keluarkan perintah memaksa Khalid jalankan tugas seperti termaktub di bawah Akta Polis. Khalid bertanggungjawab ke atas suspek yang melakukan jenayah.
“Ia bukan tujuan peribadi terhadap Khalid. Saya sebagai rakyat Malaysia hanya mahu ingatkan Khalid agar melaksanakan tugasnya,” katanya kepada wartawan di luar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 1 Ogos lalu, Azmin yang juga menteri besar Selangor menyerahkan notis kepada Khalid menuntut penangkapan dan ekstradisi Jho Low atas kesalahan pecah amanah dan pengubahan wang haram.
Beliau memberi tempoh 14 hari kepada Khalid sebelum mengambil tindakan saman.
Jho Low ialah salah seorang individu yang dikehendaki berhubung siasatan berkaitan 1MDB oleh pasukan khas termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) dan peguam negara, ketika jawatan itu masih disandang Tan Sri Abdul Gani Patail.
Siasatan itu bagaimanapun ditamatkan selepas Tan Sri Mohamed Apandi Ali menggantikan Gani pada 2015. Pada awal 2016, Apandi mengumumkan tiada salah laku dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam skandal 1MDB.
Sebelum ini, pendakwa raya Singapura menyatakan 1MDB ialah “mangsa” Jho Low, yang menurutnya menggunakan wang 1MDB untuk tujuan peribadi.
Dalam pemfailan mahkamah bulan lalu, pendakwa raya berkata, Jho Low menerima sejumlah wang “amat besar”. Kira-kira AS$1 bilion (RM4.3 bilion) yang ingin dilaburkan 1MDB dalam usaha sama PetroSaudi International Ltd dilencong ke akaun bank milik Jho Low.
Nama beliau kerap timbul dalam saman sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) bagi merampas aset mewah yang dikaitkan dengan wang diseleweng daripada 1MDB.
Mengulas lanjut, Azmin berkata, beliau sudah memberi masa secukupnya kepada Khalid untuk mengambil tindakan terhadap Jho Low, namun ditolak Khalid.
“Saya tidak ada pilihan kecuali mahkamah keluarkan perintah. Saya harap proses ini berjalan segera kerana kenyataan Khalid yang kononnya perkara ini masih dalam siasatan, saya tidak boleh terima.
“Dunia hari ini sedang mendakwa mereka yang terlibat secara langsung dalam masalah 1MDB, tetapi pihak berkuasa Malaysia pula sedang menyiasat,” katanya. #sumber
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Enggan Menahan 'Jho Low', Azmin Heret 'Ketua Polis' Ke Mahkamah !
Sekianlah artikel Enggan Menahan 'Jho Low', Azmin Heret 'Ketua Polis' Ke Mahkamah ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Enggan Menahan 'Jho Low', Azmin Heret 'Ketua Polis' Ke Mahkamah ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/enggan-menahan-jho-low-azmin-heret.html