Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS

Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS
link : Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS

Baca juga


Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS

 
Timbalan Presiden PKR Azmin Ali berkata semua perbincangan disampaikan kepada semua parti komponen Pakatan Harapan.


azmin-pas-3


PETALING JAYA: PKR masih membuka pintu kerjasama dengan PAS untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Ali berkata walaupun PAS bukan komponen Pakatan Harapan, PKR masih sudi membincangkan pilihan untuk mengelakkan pertarungan 3 penjuru pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun, tiada perbincangan rasmi antara kedua-dua parti ketika ini, kata Azmin.

“Kamu mahu lihat sama ada suatu kerjasama boleh diadakan untuk menghasilkan rangka kerja bersama untuk menewaskan Barisan Nasional (BN). Ini objektif utama kami – untuk menewaskan Umno dan BN.

“Mana-mana parti yang sedia untuk reformasi, dan mahu selamatkan negara, kami sedia berbincang dengan mereka demi manfaat negara,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPBM hari ini.

Azmin hari ini bertegas jika ada sebarang rundingan antara PKR dan PAS, partinya “pasti” akan memaklumkan parti komponen lain di PH.

“Kami akan kongsi maklumat dengan majlis PH dan dapatkan konsensus untuk bergerak ke depan demi kepentingan negara.

“Ini masa terbaik untuk kita bentuk kerajaan baharu,” kata menteri besar Selangor itu.

Ditanya jika ada tarikh akhir diberikan kepada PAS untuk memutuskan sama ada mereka sedia bekerjasama dengan PKR, Azmin berkata beliau ada berbincang tentang perkara itu dengan parti komponen PH dan mengambil keputusan untuk tidak memberikan tarikh akhir.

Ini kerana tiada perbincangan rasmi sedang berlangsung dengan PAS sekarang ini, katanya.

“Kita perlu tengok sama ada PAS mahu bekerjasama dengan PH demi kepentingan negara. Kami belum tahu sama ada mereka mahu.

“Jadi tumpuan kami, antara lain, ialah mengukuhkan jentera pilihan raya dan struktur PH.

“Kemudian, jika PAS kata mereka sedia bercakap dengan PKR, kami sukacita duduk berbincang cara terbaik melakukannya.”

PAS, pada Mei tahun ini, secara rasmi menamatkan semua hubungan dan kerjasama dengan PKR, apabila majlis syura parti itu memutuskan langkah itu perlu untuk pertahankan agenda Islam parti itu.

Majlis itu menuduh PKR melanggar syarat kerjasama dengan PAS, apabila gagal menyokong agenda Islam parti itu, dan bekerjasama melawan PAS pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar.

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagaimanapun menolak alasan PAS, dengan berkata partinya pernah cuba memelihara hubungan dengan parti Islam itu.

Pada Sabtu, Azmin dan Wan Azizah melawat Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Azmin berkata kunjungan itu kunjungan sosial selepas Hadi menjalani pembedahan beberapa bulan lalu.



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS

Sekianlah artikel Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Azmin: PKR belum berputus asa, sudi bekerjasama dengan PAS dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/08/azmin-pkr-belum-berputus-asa-sudi.html

Subscribe to receive free email updates: