Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB !

Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB ! - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB !
link : Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB !

Baca juga


Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB !


KUALA LUMPUR: Blok pembangkang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar memanggil sidang khas Dewan Rakyat dan membentangkan kertas putih berkenaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berikutan saman baharu Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ).
Gesaan itu dibuat dalam satu kenyataan media selepas sidang media bersama di pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Parlimen baru-baru ini.
“Jika kerajaan tidak mahu rakyat terbawa-bawa oleh dakwaan DoJ, maka kerajaan harus menjawab segala dakwaan tersebut dengan membentangkan laporan siasatan daripada institusi-institusi negara melalui kertas putih di Parlimen.
“Nama baik negara dimalukan apabila sekurang-kurangnya sembilan negara menjalankan siasatan terhadap skandal ini. Namun kertas siasatan ditutup oleh semua agensi berwajib di Malaysia.
“Justeru, kami akan mendesak Perdana Menteri mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat sesegera yang mungkin dan membentangkan kertas putih berkenaan 1MDB,” kenyataan tersebut dipetik.
Desakan untuk Putrajaya mengeluarkan kertas putih – satu laporan autoritatif daripada kerajaan yang menjelaskan dengan lengkap sesuatu isu yang rumit bagi memudahkan kefahaman orang ramai – dibuat atas nama enam orang wakil parti-parti pembangkang.
Mereka adalah Dr Wan Azizah sendiri daripada KEADILAN, Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok daripada DAP, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad daripada Amanah, Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr Michael Jeyakumar daripada Parti Sosialis Malaysia (PSM), Ahli Parlimen Penampang, Darell Leiking daripada Parti Warisan Sabah, dan Pengarah Strategi Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Dr Rais Hussin.
Kenyataan sama juga menyebut bahawa pembangkang berikrar untuk mewujudkan sebuah Jawatankuasa Tindakan 1MDB (1MDB Action Committee) yang akan merangka strategi dan respons pembangkang terhadap isu 1MDB.
“Menurut dokumen mahkamah, jumlah dana 1MDB yang didakwa diselewengkan telah mencecah hampir USD4.47 bilion (RM19.15 bilion).
“Maka Perdana Menteri, kerajaan persekutuan dan agensi-agensi berwajib tidak boleh lagi berdiam diri mengenai isu ini.
“Tumpuan harus diberikan untuk membersihkan nama negara dan menyelesaikan kemelut yang melanda diakibatkan oleh skandal penyelewengan 1MDB,” kenyataan itu dpetik. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB !

Sekianlah artikel Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pembangkang Gesa Najib Bentang "Kertas Putih", Isu Skandal 1MDB ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/07/pembangkang-gesa-najib-bentang-kertas.html

Subscribe to receive free email updates: