Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM

Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM
link : Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM

Baca juga


Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM


PETALING JAYA: Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob hari ini berkata kerajaan negeri tidak pernah mengarahkan mana-mana syarikat mengutip wang untuk projek dagangan kredit karbon melibatkan sebuah syarikat yang disenaraihitam Bank Negara Malaysia. 

Ahmad berkata mana-mana pihak yang melakukan pembayaran kepada syarikat berkaitan diminta untuk membuat laporan polis agar siasatan dapat dijalankan. “Terdapat dakwaan kerajaan negeri mengutip wang secara haram dalam mengendalikan program ini  sebagaimana yang disebarkan melalui media sosial. 

“Kerajaan negeri membuat penegasan bahawa tidak pernah mengarahkan atau meminta Syarikat Climate Protector Sdn Bhd atau mana-mana syarikat mengutip wang untuk melaksanakan projek karbon trading,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Ia susulan dakwaan Naib Presiden Amanah Datuk Husam Musa yang Kelantan meluluskan sejuta ekar (404,685 hektar) hutan simpan kekal (HSK) untuk projek dagangan kredit karbon. 

Husam berkata, orang ramai mungkin menjadi mangsa penipuan apabila langkah meluluskan konsesi 30 tahun kepada syarikat itu untuk meningkatkan stok karbon di hutan hujan, turut digunakan untuk mengutip wang daripada orang ramai melalui penjualan token digital. Menurut laman web sekutu syarikat itu, konsesi itu akan digunakan “untuk memelihara hutan hujan dan mengurangkan gas tercemar dalam udara untuk mengurangkan jejak karbon”.

Pelabur turut dipelawa menyertai projek itu yang akan dilaksanakan dalam beberapa fasa. Syarikat itu berjanji akan membayar bonus setiap 6 bulan kepada pelabur yang menyimpan melebihi 6 bulan, di mana bonus itu akan dimasukkan secara automatik ke akaun mereka. 

Ahmad berkata, perjanjian dimeterai pada 9 Januari lalu memperuntukkan selama 2 tahun untuk analisa saintifik, penilaian dan laporan verifikasi para saintis bertauliah bagi mengenal pasti stok karbon di kawasan hutan yang dikenal pasti kerajaan negeri. 

“Fasa pelaksanaan seterusnya adalah bergantung kepada tempoh kajian ini dengan melihat kepada keupayaan syarikat mengendalikan projek terbabit. “Dalam tempoh kajian dan semakan semula ini, kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan pihak ketiga daripada institusi kewangan yang berwibawa ke atas perjalanan urusniaga. 

“Ini termasuklah dengan mengadakan perbincangan dengan mana-mana institusi atau negara yang sedang atau telah melaksanakan projek REDD ini,” katanya. Januari lalu, lidah rasmi PAS, Harakahdaily melaporkan Kelantan menjadi peneraju dagangan kredit karbon di Malaysia dalam usaha mengurangkan pengeluaran karbon daripada aktiviti pembalakan tidak terkawal. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM

Sekianlah artikel Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kelantan Nafi Kutipan Wang Untuk Syarikat Di Senaraihitam BNM dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/07/kelantan-nafi-kutipan-wang-untuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :