Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta

Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta
link : Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta

Baca juga


Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta



ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Seorang jururawat wanita berusia 27 tahun terkejut apabila tidak menyangka bunyi ‘beep’ yang didengari di bahagian belakang keretanya rupa-rupanya adalah sebuah bom dari jenis Improvised Explosive Device (IED).
 
Dalam kejadian itu kira-kira pukul 10 malam semalam itu, mangsa, P. Janagi yang bertugas di sebuah klinik swasta di Pekan kapar, Klang itu dikatakan terdengar bunyi tersebut semasa dalam perjalanan dari tempat kerja untuk pulang ke rumahnya di Taman Nesa Kampung Simpang 3, Jeram, Kuala Selangor.
 
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, Senior Asisten Komisioner, Fadzil Ahmat berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa kemudiannya singgah ke rumah bapa saudaranya di Taman Damai di Kapar, Klang dan meminta untuk memeriksa punca bunyi itu pada keretanya jenis Proton Saga.
 
“Bagaimanapun, bapa saudara mangsa menemukan satu objek berwarna hitam menyerupai bahan letupan buatan sendiri yang dilekatkan di bawah bampar kereta itu dan mencabutnya. Semasa bapa saudaranya mencabut objek tersebut, ia masih mengeluarkan bunyi ‘beep’ sebelum mereka memaklumkan kepada pihak polis sejurus selepas itu,” katanya.
 
Fadzil menambah, selepas menerima laporan penemuan objek itu, Unit Pemusnah Bom (UPB) dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor dikerahkan ke lokasi kejadian untuk melakukan pemeriksaan lanjut dan mengesahkan ianya merupakan bahan letupan buatan sendiri dari jenis IED.
 
 
Hasil pemeriksaan, objek terbabit didapati mempunyai dua silinder yang dibalut dengan pita berwarna hitam selain dilengkapi dengan papan litar elektronik dengan wayar berwarna merah dan hitam termasuk suis.
 
“Bom terbabit dimusnahkan kira-kira pukul 2.30 pagi ini di kawasan padang bola bersebelahan Balai Polis Kapar dengan menggunakan robot pemusnah bom,” katanya yang turut memaklumkan pihaknya masih lagi mengenalpasti motif kejadian itu termasuklah suspek yang terlibat.
 
Kes itu katanya disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah serta Seksyen 8, Akta Bahan Letupan 1957.
 
 


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta

Sekianlah artikel Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jururawat terkejut bom jenis IED dilekat pada kereta dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/07/jururawat-terkejut-bom-jenis-ied.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :