Judul : Yakin tidak bersalah, Zakaria mahu dapatkan khidmat Shafee Abdullah
link : Yakin tidak bersalah, Zakaria mahu dapatkan khidmat Shafee Abdullah
Yakin tidak bersalah, Zakaria mahu dapatkan khidmat Shafee Abdullah
ANTARAPOS.COMSHAH ALAM: Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV), Datuk Zakaria Arshad yakin dirinya tidak bersalah dalam kemelut yang membelenggu syarikat itu.
Zakaria dalam pada itu akan mendapatkan khidmat peguam, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah untuk mempertahankan dirinya.
FGV kini berdepan dengan kemelut yang menyaksikan empat pegawai kanan agensi perladangan itu, termasuk Zakaria, diarahkan bercuti berkuat kuasa serta merta, dua minggu lalu.
Arahan bercuti itu dikatakan bagi memberi laluan audit dalaman dijalankan bagi menyiasat tunggakan bayaran syarikat Safitex kepada Delima Oil Products Sdn Bhd, sebuah anak syarikat FGV.
“Saya akan mematuhi cadangan yang akan dikeluarkan oleh Datuk Seri Idris Jala. Berkaitan dengan siasatan dalam yang diusahakan oleh Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, saya yakin saya akan dibuktikan tidak bersalah.
“Saya telah menghubungi Muhammad Shafee untuk mewakili saya bagi berdepan perkara ini,” katanya dalam kenyataan tersebut.
Zakaria dalam pada itu mengucapkan tahniah atas lantikan Tan Sri Sulaiman Mahboob sebagai pemangku Pengerusi FGV sebagaimana diumumkan pada hari ini.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Yakin tidak bersalah, Zakaria mahu dapatkan khidmat Shafee Abdullah
Sekianlah artikel Yakin tidak bersalah, Zakaria mahu dapatkan khidmat Shafee Abdullah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Yakin tidak bersalah, Zakaria mahu dapatkan khidmat Shafee Abdullah dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/yakin-tidak-bersalah-zakaria-mahu.html