Judul : Wartawan Veteran Rehman Rashid Meninggal Dunia
link : Wartawan Veteran Rehman Rashid Meninggal Dunia
Wartawan Veteran Rehman Rashid Meninggal Dunia
KUALA LUMPUR – Penulis dan wartawan veteran Rehman Rashid, 62, yang pernah mengalami serangan jantung pada Januari lepas, meninggal dunia, Sabtu.
Adiknya, Rafique Rashid ketika dihubungi Bernama, berkata Rehman meninggal dunia pada kira-kira 6.30 pagi di Hospital Selayang.
“Buat masa ini punca sebenar kematian masih belum diketahui namun kami jangkakan ia ada kaitan dengan serangan jantung yang beliau alami dulu,” katanya.
Beliau berkata jenazah dijangka dibawa ke rumahnya di Kuala Kubu Bharu sebelum pengebumian di tanah perkuburan di situ.
Rehman sebelum ini dilaporkan mengalami serangan jantung pada Januari lalu ketika melakukan aktiviti berbasikal.
Allahyarham pernah bertugas dengan New Straits Times sebagai Editor Bersekutu dan kolumnis, serta Asiaweek di Hong Kong.
Rehman turut menghasilkan beberapa buku seperti ‘Peninsula: A Story of Malaysia’ dan ‘A Malaysian Journey’ selain pernah menerima anugerah Wartawan Terbaik 1985 daripada Institut Akhbar Malaysia (MPI). – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2soFvAC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Wartawan Veteran Rehman Rashid Meninggal Dunia
Anda sekarang membaca artikel Wartawan Veteran Rehman Rashid Meninggal Dunia dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/wartawan-veteran-rehman-rashid_3.html