Judul : Wahai Suami Berlaku Adillah Terhadap Isteri,‘Harus’ Untuk Isteri Tinggalkan Suami Yang Memberi Ancaman -Mufti
link : Wahai Suami Berlaku Adillah Terhadap Isteri,‘Harus’ Untuk Isteri Tinggalkan Suami Yang Memberi Ancaman -Mufti
Wahai Suami Berlaku Adillah Terhadap Isteri,‘Harus’ Untuk Isteri Tinggalkan Suami Yang Memberi Ancaman -Mufti
Ramai yang tidak jelas berkenaan hak isteri dalam rumah tangga. Justeru untuk pengetahuan semua seperti yang diperjelaskan oleh Mufti, hukum isteri meninggalkan suaminya kerana ancaman dan penderaan termasuklah keganasan domestik adalah jatuh pada hukum harus.
Hal yang demikian telah diputuskan pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis Kali Ke-24 dan 25/2016 pada Disember lepas sekaligus diluluskan oleh Majlis Agama Islam Perlis (MAIPs), kelmarin.
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata dalam kalangan masyarakat terdapat isteri yang begitu taat sehingga apabila dia dipukul, anaknya diseksa suami tetapi tidak melarikan diri kerana takut dianggap nusyuz.
“Pada asalnya Islam tidak membenarkan isteri keluar dari rumah melainkan mendapat kebenaran suami.
“Namun jika isteri pada tanggapan yang kuat merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau pun hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf syarak, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami,” katanya di sini, semalam.
Katanya lagi, terlalu banyak pandangan yang mengelirukan hari ini mengatakan isteri tetap kena taat pada suami membuatkan ramai wanita jadi takut dan ragu-ragu untuk mencari jalan penyelesaian serta perlindungan yang bertepatan demi membela nasib mereka.
“Isteri diharuskan keluar tanpa izin selepas mendapati tiada penyelesaian serta suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan atau nafkah yang mencukupi.
“Ia tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya,” katanya.
Sumber:Wanista
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s4ChnO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Wahai Suami Berlaku Adillah Terhadap Isteri,‘Harus’ Untuk Isteri Tinggalkan Suami Yang Memberi Ancaman -Mufti
Anda sekarang membaca artikel Wahai Suami Berlaku Adillah Terhadap Isteri,‘Harus’ Untuk Isteri Tinggalkan Suami Yang Memberi Ancaman -Mufti dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/wahai-suami-berlaku-adillah-terhadap.html