(VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia..

(VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia.. - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul (VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia.., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : (VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia..
link : (VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia..

Baca juga


(VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia..

Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia
Pasangan yang berasal daripada Brazil ini, Paulo Gabriel dan Katyucia Hoshino merupakan pasangan terendah di dunia. Kedua-dua mereka hanya mencatatkan ketinggian setinggi 34.8 inci dan 35.2 inci sahaja. Hasilnya, nama mereka telah dicatatkan dalam Guinness Book of World Records.

Paulo, yang berusia 30 tahun mempunyai penyakit diastrophic dysplasia dwarfism bekerja sebagai setiausaha undang-undang dan bercita-cita untuk menjadi datuk bandar di kampung halamannya, Itapeva, Brazil.


Menurut mereka, mereka mula berkenalan menerusi MSN Messenger sekitar 10 tahun yang laluj. Paulo berkata, dia jatuh cinta dengan kecantikan Katyucia pada pandangan pertama.
Namun, ianya bertepuk sebelah tangan pada asalnya. Katyucia yang berusia 26 tahun berkata, dia pada mulanya merasakan Pablo sangat menyakitkan hati. Dia mempunyai kata-kata yang sangat lapuk dan nampak seperti seorang lelaki yang membosankan.
Itu mungkin kesudahan kisah mereka berdua. Tetapi setahun setengah selepas itu, mereka mula berbual semula dan dari sinilah, persahabatan mereka mula berkembang.

Menurut Paulo, Katyucia berkata dia lebih menyenangkan dan mereka mula menjadi lebih rapat. Dua bulan kemudian, Paulo membuat keputusan untuk berjumpa dengannya di kampung halaman Katyucia, iaitu di Londrina. Ianya terletak sejauh 186 batu daripada kediamannya.


Paulo sangat tertarik kepada kecantikan dan keayuan Katyucia. Dia mempunyai perwatakan yang manis. Namun, sebaliknya bagi Katyucia, dia merasakan Paulo tidak mempunyai citarasa dalam pemakaian.
Lima hari setelah mereka berjumpa, mereka mula mengubah status kepada pasangan. Empat tahun kemudian, mereka mula tinggal bersama.
Mereka seperti mana-mana pasangan lain, namun bezanya hanya dalam ketinggian sahaja. Katyucia berkata Paulo merupakan teman lelaki pertamanya.

Katyucia memberi sokongan terhadap apa sahaja yang dilakukan olehnya dan hubungan mereka memang sangat rapat.
Mereka juga bergaduh seperti mana-mana pasangan lain.
Katyucia mempunyai sikap panas baran tetapi Paulo sangat sabar dalam menanganinya. Paulo pula seorang yang ringkas sahaja. Mereka mempunyai perwatakan yang berbeza namun, mereka mempunyai keserasian dalam pandangan, idea dan perasaan.
Malah mereka juga sama-sama menikmati hobi yang sama iaitu melancong, keluar berjalan-jalan, makan ais-krim dan gemar makanan Jepun.
Namun mereka mengutarakan kepayahan mereka terutama dalam menggunakan kemudahan awam. Contohnya mesin ATM. Saiz mereka yang kecil menyukarkan mereka untuk menggunakan mesin ATM dan tandas awam.
Selain itu, Katyucia juga menghadapi kesukaran untuk membuka tingkap dan pintu, menggunakan ketuhar, sinki dan mesin basuh.
Mereka juga sudah lali dengan diskriminasi orang ramai apabila mereka keluar di tempat awam. Ianya sesuatu yang sudah tidak dapat dielakkan lagi, kata Katyucia.
Kini, mereka sudah bersama selama lapan tahun. Mereka bercadang untuk berkahwin tetapi Paulo belum lagi melamar teman wanitanya itu.
Katyucia sangat bersyukur dengan kehadiran Paulo dalam hidupnya. Paulo sangat bersabar dengannya dan ianya banyak membentuk peribadinya sekarang.
Mereka bercadang juga untuk mempunyai anak. Tetapi ianya akan menjadi sangat berisiko buat Katyucia kerana saiz uterusnya yang lebih kecil berbanding normal sukar untuk mengandung.
Walau bagaimanapun, mereka tidak akan berputus asa. Apa-apa sahaja yang berkenaan dengan masa depan mereka, mereka tidak akan mudah menyerah kalah.

Satu hari nanti, mereka ingin berkahwin dan mempunyai rumah sendiri. Sama ada mereka ada anak atau tidak, mereka hanya mahu jadi gembira.


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s48e03

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel (VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia..

Sekianlah artikel (VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Wow! Cinta tidak mengenal rupa, pasangan ini catat rekod pasangan paling rendah di dunia.. dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/video-wow-cinta-tidak-mengenal-rupa.html

Subscribe to receive free email updates: