Judul : (VIDEO) Van Rempuh Pejalan Kaki Yang Baru Balik Dari Terawih Di Kaki Lima Berdekatan Masjid Finsbury Park,London.Seorang Mati Manakala 8 Cedera..
link : (VIDEO) Van Rempuh Pejalan Kaki Yang Baru Balik Dari Terawih Di Kaki Lima Berdekatan Masjid Finsbury Park,London.Seorang Mati Manakala 8 Cedera..
(VIDEO) Van Rempuh Pejalan Kaki Yang Baru Balik Dari Terawih Di Kaki Lima Berdekatan Masjid Finsbury Park,London.Seorang Mati Manakala 8 Cedera..
SEBUAH van merempuh sekumpulan pejalan kaki di kaki lima berdekatan Masjid Finsbury Park, London malam tadi, seorang mati manakala 8 orang cedera.
Menurut laporan AP, polis berkata serangan itu berlaku sejurus selepas umat Islam meninggalkan masjid itu selepas menunaikan solat terawih.
Seorang lelaki yang memandu van terbabit berjaya ditahan oleh orang ramai yang berada berdekatan lokasi kejadian dan diserahkan kepada pihak polis.
Menurut beberapa orang saksi, mangsa yang dirempuh merupakan umat Islam yang baru keluar daripada masjid berkenaan.
Beberapa jalan raya di kawasan terbabit ditutup sementara pihak polis memperketatkan kawalan di kawasan masjid berkenaan.
Kelihatan sebuah helikopter dan puluhan kereta polis berada di kawasan berkenaan, namun setakat ini tiada kenyataan rasmi berhubung perkembangan kejadian itu.
Insiden serangan di masjid Finsbury Park, London, malam tadi, dipercayai didalangi lebih daripada seorang.
Dailymail melaporkan setakat ini seorang lelaki ditahan tetapi saksi mendakwa melihat dua lagi lelaki di dalam van yang merempuh umat Islam yang dalam perjalanan pulang selepas solat terawih.
Saksi, Atikur Arhman, 41, mendakwa ada tiga individu dalam van itu dan dua dapat melarikan diri sejurus kejadian.
“Sebelum kejadian itu, seorang warga emas pengsan. Ketika orang ramai cuba membantunya, tiba-tiba mereka dirempuh sebuah van.
“Keadaan sekarang sudah tidak selamat lagi. Polis menahan seorang lelaki tetapi dua lagi melarikan diri,” katanya.
Dalam kejadian jam 12.20 tengah malam itu, kira-kira 12 mangsa cedera dengan dua daripadanya dilaporkan parah selepas dirempuh sebuah van yang memecut di sepanjang kaki lima.
Seorang lagi saksi, Jamal, 21, berkata, dia sangat bimbang dengan keselamatan selepas beberapa kejadian keganasan berlaku di London.
“Saya bimbang apa pula yang berlaku esok. Keadaan di London tidak lagi selamat, saya bimbing untuk keluar dari rumah sekarang. Ia tidak lagi selamat,” katanya.
-Pen Merah Press
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tDGAEg
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel (VIDEO) Van Rempuh Pejalan Kaki Yang Baru Balik Dari Terawih Di Kaki Lima Berdekatan Masjid Finsbury Park,London.Seorang Mati Manakala 8 Cedera..
Sekianlah artikel (VIDEO) Van Rempuh Pejalan Kaki Yang Baru Balik Dari Terawih Di Kaki Lima Berdekatan Masjid Finsbury Park,London.Seorang Mati Manakala 8 Cedera.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel (VIDEO) Van Rempuh Pejalan Kaki Yang Baru Balik Dari Terawih Di Kaki Lima Berdekatan Masjid Finsbury Park,London.Seorang Mati Manakala 8 Cedera.. dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/video-van-rempuh-pejalan-kaki-yang-baru_19.html