[UPDATE] 'Mami...mami...'

[UPDATE] 'Mami...mami...' - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [UPDATE] 'Mami...mami...', kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [UPDATE] 'Mami...mami...'
link : [UPDATE] 'Mami...mami...'

Baca juga


[UPDATE] 'Mami...mami...'

MELIHAT selipar ibunya di tepi jalan sebelum mendekati sekujur tubuh seorang wanita, iaitu ibunya dan dalam keadaan menangis dia memangil-manggil ibunya- ‘mami...mami...’

Betapa luluh hati Alif Hakimi Abd Razak, 5, selepas ibunya, Aida Mamat, 35, meninggal dunia akibat dilanggar kereta ketika melintas jalan untuk menunggu van menjual ikan dan sayur di tepi kedai berhadapan rumah mereka di Kampung Bukit Sireh, Kuala Nal, Kuala Krai hari ini.

Terdahulu, portal berita Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku pada 1.20 tengah hari dan Aida meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superitendan Abdullah Ronning ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk dibedah siasat.

Alif Hakimi anak kedua Aida, sempat mendengar bunyi jeritan dan brek kereta sebelum keluar dari rumahnya untuk melihat apa yang berlaku.

Turut bersamanya ialah abangnya, Alif Hafizuddin, 7, yang memberitahu ibunya mahu membeli lauk untuk dimasak sebagai juadah mereka berbuka puasa.

"Semalam mami masak gulai ayam kegemaran saya dan adik untuk berbuka puasa. Saya sedih mami pergi begini," katanya yang memberitahu bersedia menggalas tanggungjawab menjaga Alif Hakimi dan seorang lagi adik mereka, Nurin Najwa, 2, selepas ketiadaan ibu mereka.

Menurutnya, arwah adalah surirumah yang menjaga mereka sepenuh masa, manakala bapanya, Abd Razak Majid, 39, bekerja sebagai mekanik.

Berita terdahulu: http://ift.tt/2rLcfEk...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r1Phvu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel [UPDATE] 'Mami...mami...'

Sekianlah artikel [UPDATE] 'Mami...mami...' kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [UPDATE] 'Mami...mami...' dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/update-mamimami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :