Judul : Tujuh tentera Thai cedera dalam dua serangan bom di Takbai
link : Tujuh tentera Thai cedera dalam dua serangan bom di Takbai
Tujuh tentera Thai cedera dalam dua serangan bom di Takbai
Ketua Polis Takbai Kol Pacharapon Na Nakhon berkata, kejadian pertama berlaku 9 pagi waktu tempatan berhampiran jambatan di Kampung Pulau Cek Muda menyebabkan tiga anggota tentera sedang menaiki trak pikap cedera parah.
"Letupan itu disebabkan oleh sebutir bom buatan sendiri seberat 10 kilogram yang diletak dalam motosikal dan diletup menggunakan walkie-talkie," katanya hari ini.Ketiga-tiga anggota tentera itu katanya, bersama dua anggota yang lain sedang dalam perjalanan ke rumah bekas anggota militan di kampung berkenaan ketika bom buatan sendiri itu diletupkan.
Dalam kejadian kedua yang berlaku kira 800 meter dan setengah jam selepas kejadian pertama, empat anggota tentera cedera apabila sebutir bom dianggarkan seberat antara lima dan tujuh kilogram meletup ketika mereka sedang memeriksa jalan itu.
Menurut Pacharapon, bom itu dipercayai diledak menggunakan telefon bimbit.
-- BERNAMA
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rMoxPu
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Tujuh tentera Thai cedera dalam dua serangan bom di Takbai
Anda sekarang membaca artikel Tujuh tentera Thai cedera dalam dua serangan bom di Takbai dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/tujuh-tentera-thai-cedera-dalam-dua.html