Judul : Triumph Bekal Enjin Moto2 Bermula 2019
link : Triumph Bekal Enjin Moto2 Bermula 2019
Triumph Bekal Enjin Moto2 Bermula 2019
MUGELLO: Sempena perlumbaan MotoGP di Mugello, Itali, peminat sukan permotoran dua roda bukan hanya dihidangkan dengan saingan hebat namun turut dikejutkan dengan pengumam rasmi dimana Triumph akan menjadi pembekal enjin kepada perlumbaan kategori Moto2 bermula 2019.
Menurut Motogp.com, Pengeluar dari United Kingdom itu akan membekalkan enjin lumba khas berkapasiti 765 cc tiga silinder melalui perjanjian selama tiga tahun di antara Triumph dan pemegang hak komersil MotoGP iaitu Dorna Sports.
Enjin yang bakal digunakan itu nanti merupakan enjin Triumph yang asalnya digunakan pada model terbaru iaitu Triumph Street Triple 765 2017 yang akan menggantikan enjin 600 cc Honda sekarang.
“Ini adalah waktu yang sangat bermakna bagi Triumph, di mana ia membawa satu lembaran baru yang mengujakan dalam sejarah 110 tahun kami dalam dunia perlumbaan. Kami seronok untuk menjalin kerjasama yang panjang dan mengujakan dengan Dorna, pasukan Moto2, pelumba dan juga peminat,” kata ketua pegawai komersial Triumph Motorcycles, Paul Stroud.
Enjin 765 cc ini merupakan versi naik taraf daripada enjin 675 cc yang ada pada model Daytona 675R yang ia merupakan enjin yang telah membawa model tersebut untuk memenangi perlumbaan Supersport dalam Isle of Man TT, Daytona200 dan British Supersport Championship bagi tahun 2014 dan 2015.
Enjin Triumph street Triple RS, tiga silinder 765 cc mampu menghasilkan 121.1 kuasa kuada pada 11,700 rpm dan mampu menghasilkan tork sebanyak 77 Nm pada 10,800 rpm tetapi bagi unit yang bakal digunakan pada perlumbaan Moto2 nanti, kuasanya akan dipertingkatkan sehingga 131 kuasa kuda dengan 80 Nm tork. - MotoGP.com
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rHTJ1z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Triumph Bekal Enjin Moto2 Bermula 2019
Sekianlah artikel Triumph Bekal Enjin Moto2 Bermula 2019 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Triumph Bekal Enjin Moto2 Bermula 2019 dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/triumph-bekal-enjin-moto2-bermula-2019.html