Terbabas selepas potong kereta

Terbabas selepas potong kereta - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Terbabas selepas potong kereta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Terbabas selepas potong kereta
link : Terbabas selepas potong kereta

Baca juga


Terbabas selepas potong kereta

PEMANDU van Tahfiz Al Hashimi, Tualang, yang terbabit dalam kemalangan tujuh maut di KM55 Jalan Kuala Krai-Kota Bharu, dekat Kampung Telekong, Kuala Krai, semalam, tiada lesen memandu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Krai Deputi Superintendan Zulkarnain Ismail Al Haj, berkata hasil siasatan Muhammad Hamzi Mohammad Husham, 24, bersih daripada rekod saman trafik.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing terhadap pemandu juga didapati negatif.

"Kita sudah merakam percakapan pemandu untuk melengkapkan siasatan.

"Hasil siasatan mendapati van jenis Maxus V80 (Webstar) yang dinaiki 14 mangsa dari bandar Kuala Krai menghala ke Kota Bharu memotong kereta di hadapannya.

"Selepas memotong, pemandu memasuki semula ke laluannya sebelum hilang kawalan, terbabas dan melanggar rumah di sebelah kanan," katanya, di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Harian Metro, semalam dan hari ini melaporkan van membawa 12 pelajar tahfiz dan dua guru agama terbabas dan merempuh rumah, pada kejadian 9.30 pagi.

Kejadian itu menyebabkan tujuh pelajar Tahfiz Al Hashimi, Tualang maut iaitu lima meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua teman mereka di Hospital Kuala Krai.

Mangsa yang maut di lokasi adalah Allahyarham Mohd Hafiz Aimullah Mustafa, 18; Muhamad Rahman Rozali, 17; Nik Shah Jehan Nik Azmi, 16; Nik Ahmed Daniel Nik Ahmed Rithaudeen, 14, dan Sarifuddin Muhammad, 14.

Dua lagi iaitu Allahyarham Ahmad Farhan Zulkifli, 14, dan Mohd Hakimi Mohd Dahlan, 17, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Krai.

Tiga jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Al-Hashimi, Tualang, pada 12.10 tengah malam tadi, manakala empat yang lain di kampung masing-masing.

Berita berkaitan

• Semoga roh mereka dicucuri rahmat [METROTV]

• Hafiz, perginya di penghulu segala hari

• Jadi pemandu lima bulan lalu

• [UPDATE] Seorang lagi anak tahfiz maut [METROTV]

• 'Rumah bergegar' [UPDATE]

• Tragedi pilu anak tahfiz [METROTV]



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qJZzfn

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Terbabas selepas potong kereta

Sekianlah artikel Terbabas selepas potong kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Terbabas selepas potong kereta dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/terbabas-selepas-potong-kereta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :