Judul : Tentera Filipina Terkesan Impak Media Sosial
link : Tentera Filipina Terkesan Impak Media Sosial
Tentera Filipina Terkesan Impak Media Sosial
MARAWI - FILIPINA. Penggunaan tidak bertanggungjawab media sosial secara tidak sengaja boleh menyebabkan nyawa anggota pasukan keselamatan terdedah kepada bahaya, menurut tentera Filipina yang terlibat dalam pertempuran dengan militan di Marawi.
Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Jo-ar Herrera berkata, siaran langsung dan sebarang kenyataan pada rangkaian sosial orang awam serta media ketika anggota keselamatan menjalankan operasi boleh menimbulkan risiko kepada tentera terlibat.
Menurutnya, kumpulan pelampau yang menguasai beberapa bahagian di Marawi memantau untuk cuba mendapatkan kelebihan di barisan hadapan.
"Ia memberi kesan kepada lokasi dan strategi tentera selain boleh memberi peluang kepada musuh mengesan keadaan anggota keselamatan," jelasnya.
Sejak pertempuran tercetus lebih empat minggu lalu, pengamal media mengikuti konflik itu dari ibu pejabat wilayah berkenaan.
Selain medium berita, media sosial menjadi alat penting menyebarkan sebarang perkembangan konflik.
Kerajaan dan tentera cuba memerangi aliran propaganda dalam talian dan berharap mendapat lebih banyak sokongan masyarakat di dalam negara dan peringkat antarabangsa lapor Channel News Asia. - SH
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sIPMLp
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Tentera Filipina Terkesan Impak Media Sosial
Sekianlah artikel Tentera Filipina Terkesan Impak Media Sosial kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Tentera Filipina Terkesan Impak Media Sosial dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/tentera-filipina-terkesan-impak-media.html