Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak
link : Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Baca juga


Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

PUTRAJAYA – Program Transformasi Tabika Kemas mula membuahkan hasil apabila institusi itu dipilih sebagai antara jenama paling dipercayai di Malaysia tahun ini oleh majalah keluarga, Reader’s Digest.

Pengiktirafan sebagai penerima Anugerah Emas dalam kategori perkhidmatan Pendidikan Awal Kanak-Kanak itu dibuat berdasarkan undian dan kaji selidik dalam talian ke atas 8,000 responden tentang pandangan mereka terhadap sistem pendidikan prasekolah di Malaysia.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata anugerah julung kali itu membuktikan Tabika Kemas adalah antara yang terbaik dan setanding dengan perkhidmatan tabika yang dijalankan pihak swasta.

“Pencapaian ini sekaligus menepis tanggapan negatif segelintir pihak yang sering memperkecilkan kualiti pendidikan Tabika Kemas berbanding tabika swasta,” katanya pada sidang media selepas menghadiri Bicara Komuniti Dialog [email protected]: Pendidikan Awal Kanak-Kanak di sini, hari ini.

Dalam kaji selidik itu, responden ditanya berkaitan dengan sifat amanah dan boleh dipercayai, inovasi, mutu dan tanggungjawab sosial, kredibiliti serta kebolehfahaman kepada kehendak pengguna.

Turut menerima Anugerah Emas daripada Reader’s Digest itu ialah tabika Q-Dees dan Smart Readers yang dikendalikan swasta, katanya.

Dilancarkan pada 2016, transformasi Tabika Kemas dilaksanakan membabitkan tiga modul utama iaitu Program Penghayatan Pendidikan Islam (PPI), Program Pemupukan Semangat Patriotik dan Program Keyakinan Diri.

Mengenai dialog hari ini, Ismail Sabri berkata beliau berpuas hati kerana peserta memberikan cadangan penambahbaikan bagi memperkasa pendidikan awal kanak-kanak antaranya dengan mengutarakan kepentingan penggunaan teknologi digital serta inovasi dalam pembelajaran.

Katanya kandungan dialog yang dikendalikan oleh personaliti televisyen Teh Syuhaida dengan penampilan dua ikon Kemas iaitu Penolong Pengarah Unit Indeks Syariah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Mohd Hariri Mohamad Daud dan guru prasekolah Noorjahan Sultan, individu yang diiktiraf antara 50 guru terbaik seluruh dunia oleh Varkey Foundation, akan dibentangkan dalam mesyuarat jemaah menteri akan datang sebagai nota kabinet.

Ismail Sabri berkata pandangan dan aspirasi yang dijanakan pada sesi dialog berkenaan juga akan dijadikan panduan dalam merangka perancangan strategik dan penyediaan kerangka Dasar Pembangunan Luar Bandar sebelum dibentangkan kepada umum Ogos nanti. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r4TtKE

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak

Sekianlah artikel Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tabika Kemas Jenama Dipercayai Dalam Pendidikan Awal Kanak-kanak dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/tabika-kemas-jenama-dipercayai-dalam.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :