Judul : Sudan Kecewa Negara Arab Putus Hubungan Qatar
link : Sudan Kecewa Negara Arab Putus Hubungan Qatar
Sudan Kecewa Negara Arab Putus Hubungan Qatar
KHARTOUM – Sudan menyuarakan kebimbangannya mengenai perkembangan terkini dalam kalangan negara anggota Majlis Kerjasama Teluk (GCC), lapor agensi berita Qatar (QNA).
Menurut kenyataan dikeluarkan Kementerian Luar Sudan pada Isnin, semua negara anggota perlu bekerjasama mengatasi apa jua pertikaian demi kepentingan rakyat dan negara Arab.
Dalam kenyataan yang turut disiarkan agensi berita SUNA itu, Sudan turut melahirkan kekecewaan dengan apa yang berlaku antara beberapa negara anggota yang mempunyai ikatan persaudaraan dan yakin krisis itu dapat diatasi.
Selain itu, Sudan bersedia bekerjasama dengan semua negara yang umpama “saudara” untuk berdamai dan memulihkan hubungan.
Semalam, beberapa negara Arab seperti Bahrain, Arab Saudi, Mesir dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) mengumumkan memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar dan mendakwa negara itu menyokong keganasan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2qWAm5C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Sudan Kecewa Negara Arab Putus Hubungan Qatar
Anda sekarang membaca artikel Sudan Kecewa Negara Arab Putus Hubungan Qatar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/sudan-kecewa-negara-arab-putus-hubungan.html