Judul : Stay Strong
link : Stay Strong
Stay Strong
Assalamualaikum semua dan salam ramadan.
First of all, aku bukan student IIUM tapi aku sangat suka baca confession confession dekat IIUM ni. Sebabnya aku ni suka dengar or baca masalah orang. Ok, nama aku Syaz. Sekarang sedang menuntut di IPTA Semenanjung. Terima kasih kepada admin jika sudi siarkan confession aku dan terima kasih juga kepada reader sebab sudi klik nak baca confession aku. Baru baru ini aku ada baca confession pasal adik Na yang baru je masuk universiti.
Seriously, you reminds me what was happen two years ago. Apa yang sis Na ni rasa aku dah rasa dah dulu masa mula mula masuk universiti. Same goes to me. Aku tak pernah duduk jauh daripada family. Daripada aku kecil sekolah tadika sampailah aku dah besar panjang zaman SPM. Aku stay dengan family. Pergi sekolah, balik sekolah ayah aku yang ambil. Bila naik sekolah menengah barulah belajar naik bas. Itupun bas yang bulan bulan bayar then ambik aku dekat rumah hantar pergi sekolah. Aku pernah juga nak masuk asrama masa aku form 4, tapi takde rezeki. Mungkin Allah nak aku terus stay dengan family aku.
Aku masuk universiti masa tu umur aku 18 tahun. 18 tahun baru aku belajar duduk jauh dari keluarga. Hahaha. Aku dapat dua tawaran. Sama ada matriks atau diploma. But aku pilih diploma sebab course diploma tu course favourite aku. Plus jaraknya dari rumah aku dekat. Kenapa dekat? Bukan sebab aku tak nak berdikari but aku ingat pesan ayah aku Akak,janganlah sambung jejauh sangat. Susah ayah nak hantar Ok. Itu statement ayah aku but aku tahu dalam hati dia. Dia tak nak lepaskan aku jejauh sebab dia tak biasa anak dia jauh dari dia. Kawan kawan aku zaman sekolah menengah yang geng aku semuanya pergi matriks. Act, aku dapat sama matrik dengan geng aku but aku tak pergi pun. Aku tetap cekalkan hati untuk sambung diploma. Btw, diploma aku just dua tahun setengah je.
Aku pun macam sis Na jugak. Kalau dia tengah interim. Aku masa tu sem khas or short sem. its just two month. Sem khas ini kalau dekat IPTA aku belajar tiga subjek je masa tu which is Academic English, Kenegaraan dan Pengajian Islam. Dan dan masa tu tengah bulan puasa. Jadi seiring lah dengan jadual kelas dan suasana masa tu. Hahaha. Masa first aku masuk tu, aku sorang je kot. Takde seorang pun kawan aku zaman sekolah menengah masuk satu universiti dengan aku at that time.
Aku ni masa memula masuk aku ni jenis yang introvert. Tak banyak bercakap. Kalau dalam group whatsapp tu lebih kurang silent reader lah. Sampai hari ini, aku tetap ingat kenangan aku masa first masuk universiti. Melalui Minggu Haluan Siswa seminggu. Hahaha boleh tahan noob lah time tu. Yelah takde sesiapa nak kawan dengan aku. Ada juga tegur tegur tapi itu just tegur tegur je lah. Aku takde sesiapa nak aku berkepit masa tu. Yelah orang lain semua dah ada geng, sebab ada beberapa tu asalnya dah pra-diploma dekat situ. So dah ada connection lah dan ada juga yang satu sekolah. Aku? Takde weh sesiapa yang aku kenal. Rindu family? Tipulah weh mesti rindu gila lah. Selalunya makan dengan adik beradik. Bertepuk tampar dengan adik beradik. Aku ni anak sulung jadi bonding aku dengan adik adik aku sangat kuat.
Aku pun jenis orang yang bukan mudah dapat kawan like Hey you jom lepak sesama tu bukan aku ok. Aku susah nak ada kawan. Aku jenis yang susah nak start conversation. Masa sem khas group kelas aku tu ada berapa je student yang sama course dengan aku yang lain semua student course lain. Masa ni just grouping yang besar random dalamnya ada beberapa course. So aku ni masa tu kekadang rapat dengan orang ini. Kekadang rapat dengan orang tu. Takdenya nak bermovie sesama ke apa takde. Pergi food hunting jauh sekali. Rapat pun sebab assignment aje, aku banyak habiskan masa aku dekat bilik, kelas dan library. Memula tu sumpah rasa macam lonely lah sebab takde sesiapa yang kita nak ajak borak dan gelak sakan. Sedangkan orang lain boleh gelak gelak. Roommates? Haha borak time perlu je weh. Dia asyik dengan phone 24 hours. Yes, aku masa MHS tu aku takde smart phone nak berinsta wechat takde. Aku dapat phone pun masa seminggu je aku masuk. Roommate aku ni tiap hujung minggu balik. So every weekend mmg aku sorang je dalam bilik. Bilik lain semua aku tak berapa nak ngam sebab perangai dia orang yang suka mencarut bagai. So aku gerak lu pape roger lah.
Semua benda aku buat sesorang. Bila mak aku tanya Akak ada kawan tak dekat sana? and I just said Akak okey je ada ramai kawan dekat sini. Yelah ramai kawan but the true friends not yet mum. Aku tak sampai hati nak story life aku masa tu dekat parents aku sebab tak nak dia orang risau. How I survive that time just me only know. Bila mana aku masuk sem 1, aku masuk kelas yang sememangnya semua budak course aku. Course aku ini ada dua group GA dan GB. Aku masuk GA and at that time GA hanya ada 5 je perempuan. Seorang budak perempuan tu kawan aku sekelas masa sem khas. So start dari sem satu baru aku buat bonding dengan kawan kawan aku. Baru aku jumpa classmate yang today dah jadi roommate aku time rumah sewa. Pergi memana semua dengan dia. Sebab masa tu banyak group assignment kita orang buat sesama.
Masa tu baru ya aku dah boleh adapt dengan suasana universiti macam mana. But bila aku dekat kolej kediaman aku still macam sem khas dengan budak rumah aku. Sebab terdapatlah orang yang sama masa sem khas. 14 weeks aku bertahan. Aku banyak duduk dalam bilik dan keluar rumah. Sebab rumah aku bising gila dengan suara mengekek mengilai. Rumah aku time tu jadi the most wanted house yang felo selalu terjah sebab dapat aduan bising dari penghuni lain. Orang lain yang buat satu rumah yang kena marah dengan felo. Bila aku tanya classmate aku. Rumah dia tak kena pun.
It still same masa aku sem dua juga. Aku dapat housemate yang aku tak berkenan lagi sekali sebab aku terlambat at that time nak daftar bilik. 14 weeks tu aku banyak keluar rumah sesorang pergi library dan duduk bilik siswi sebab aku tak gemar dengan housemate aku masa itu. Aku banyak menyendiri dekat bilik siswi dan juga library. But kekadang kawan aku datang juga temankan aku dekat bilik siswi itu. Tapi aku rasa masa sem dua lagi teruk sebab housemate aku semua jenis yang bajet bajet lawa sedangkan aku bebiasa je. Dia orang tak pernah kisah akan kewujudan aku masa tu dekat bilik. Itu sebab aku bawa diri jauh jauh duduk dekat tempat lain.
Sedih? Rasa haru menangis? Tipulah, aku tak rasa tu semua dengan perangai housemate yang macam tu. Tipu namanya kalau aku tak terasa nak macam orang lain. But aku reset tu semua. Aku pergi universiti bukan nak berhuha huha. Aku pergi universiti dengan harapan mak ayah aku nak aku pandai dan dapat kerja yang bagus. Masa tu aku tahu aku kena belajar semuanya sendiri. Sebab aku ada baca quotes yang bunyinya macam ini :
The hardest walk you can make is the walk you make alone but that is the walk that makes you strongest
Itu semua cerita aku masa aku tahun satu diploma. Bila aku dah masuk tahun dua aku dah duduk rumah sewa. So aku dah boleh pilih budak course aku untuk duduk serumah dengan aku. Life dekat rumah sewa aku lagi hidup dari life aku zaman duduk kolej kediaman yang lifeless dan banyak memandikan air mata tu. Haha. Sebab semuanya member aku dah kenal plus sekelas dengan aku. Apa apa aku buat semuanya aku kalau boleh aku nak perform contohnya test, quiz, assignment. Sebab bila kau perform automatik akan ada manusia manusia yang rajin whatsapp kau tanya itu ini.
Jadi, this is my experience masa memula masuk universiti. Takde kawan. Takpe. Janji kau perform semua benda and banyak join aktiviti. Dari situ kau akan sikit sikit build connection dan dapat kawan. Takde kawan. Takpe. Asalkan kau ingat mak ayah kau dan ingat tujuan kau datang universiti. Aku kekadang aku cakap diri aku Alah, aku bukannya budak kecik yang akan menangis sebab takde orang teman aku bila mana aku pergi memana sesorang. Life dekat universiti akan ajar kau untuk jadi seorang yang kuat sebab bila kau masuk alam pekerjaan. Lagi banyak benda kau kena buat sendiri.
So,adik Na jangan risau okey. Its just temporary process,dear. Dalam masa dua tahun setengah tu macam macam boleh jadi okey. Plus, doakan aku juga nak minta reader sekalian doakan aku yang sedang final. Habis final, aku LI. Doakan urusan aku dipermudahkan.
May Allah bless your day
Syaz
Syaz
Sumber & Kredit: iiumc
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2r3lm1N
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Stay Strong
Anda sekarang membaca artikel Stay Strong dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/stay-strong.html