Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok

Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok
link : Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok

Baca juga


Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok

SUNGAI BESAR: Panel Jawatankuasa Khas Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) akan memanggil penganjur dan nazir Masjid An-Nur, Kampung Melayu Subang esok (Isnin) susulan isu anggota Parlimen Subang, R. Sivarasa berucap di dewan solat pada satu majlis baru-baru ini.

Pengarah JAIS Datuk Haris Kasim berkata panel empat anggota itu diwujudkan bagi menyiasat perkara itu secara lebih terperinci seperti dititahkan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada Jumaat lepas.

Panel jawatankuasa itu diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Masjid, Idris Ramli.

"Siasatan esok akan lebih tertumpu kepada mengumpul maklumat lebih terperinci berhubung apa sebenarnya berlaku pada hari berkenaan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Terdahulu, Haris mengiringi Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah pada majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri kepada anak yatim daerah Kuala Selangor dan Sabak Bernam di Masjid Makmuniah, Sungai Nipah, Simpang Lima di sini.

Ditanya sama ada panel jawatankuasa itu akan turut memanggil Sivarasa untuk memberi maklumat berkaitan, Haris berkata pihaknya akan menghubungi anggota Parlimen dari Parti Keadilan Rakyat itu jika perlu.

"JAIS tiada kuasa untuk memanggil beliau, bagaimanapun kita akan cuba mengatur pertemuan bersamanya untuk mengetahui perkara sebenar yang berlaku.

"Kalau siasatan nazir dah memadai, kita tak panggil Sivarasa, cuma kalau siasatan tak lengkap," katanya.

Pada Jumaat lepas, Sultan Sharafuddin menzahirkan rasa sangat dukacita dengan tindakan Sivarasa yang menyampaikan ucapan di ruang solat masjid berkenaan dalam satu majlis pada 24 Mei lalu.

Baginda menitahkan agar JAIS menyiasat perkara itu dengan terperinci dan mengambil tindakan lanjut terhadap mana-mana anggota jawatankuasa masjid yang melanggar peraturan.

Bagaimanapun, Sivarasa menafikan beliau memberi ceramah politik ketika menyampaikan sumbangan untuk masjid dan surau di kawasan parlimen berkenaan.

-- BERNAMA



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDAnb6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok

Sekianlah artikel Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Siasatan terhadap nazir masjid Kampung Melayu Subang bermula esok dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/siasatan-terhadap-nazir-masjid-kampung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :