Judul : Setelah Hampir Seminggu Bertarung Nyawa, Mangsa Kes Pukul Beramai-ramai & Liwat Di Pulau Pinang Meninggal Dunia..
link : Setelah Hampir Seminggu Bertarung Nyawa, Mangsa Kes Pukul Beramai-ramai & Liwat Di Pulau Pinang Meninggal Dunia..
Setelah Hampir Seminggu Bertarung Nyawa, Mangsa Kes Pukul Beramai-ramai & Liwat Di Pulau Pinang Meninggal Dunia..
Setelah hampir seminggu bertarung nyawa, mangsa kes pukul beramai-ramai di Pulau Pinang, T.Nhaveen meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang sebentar tadi. Takziah kepada keluarga Mendiang Nhaveen.
Harap Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) pastikan mereka yang bersalah menerima hukuman yang setimpal
Kisah Nhaveen Yang Pernah Disiarkan Sebelum Ini..
Diculik dan dipukul sehingga tidak sedar diri dan lebih mengejutkan, mangsa, seorang remaja lelaki berumur 18 tahun didakwa diliwat oleh sekumpulan lelaki menggunakan sesuatu objek yang tidak dikenalpasti.
Mangsa kini berada dalam keadaan mati otak di Hospital Pulau Pinang bertarung nyawa selepas kejadian malam Jumaat lepas. Menurut ahli keluarga, mangsa dan rakannya terserempak dengan kumpulan lelaki berkenaan di Island Glades kira-kira jam 11 malam.
Menurut rakan mangsa, kumpulan lelaki itu memukulnya dengan topi keledar dan menculik serta melarikan mangsa dengan kereta.
Beberapa jam kemudian, mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedar diri di dalam kereta yang sama di Minden Heights, kira-kira dua kilometer dari tempat diculik.
Ahli keluarga berkata, pada awalnya pihak hospital memaklumkan bahawa mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala, pinggang dan tangan selepas dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Pulau Pinang.
Namun pada hari ini, mereka dimaklumkan bahawa berlaku pendarahan di bahagian dubur mangsa yang menunjukkan kesan koyak disebabkan oleh tindakan liwat. Kesan itu didakwa akibat memasukkan sesuatu objek seperti botol di bahagian sulit mangsa.
Mereka juga mendakwa terdapat kesan lecur di bahagian belakang badan mangsa. Namun pihak hospital masih belum mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian berkenaan.
Justeru, pihak keluarga mangsa mendesak siasatan terperinci dilakukan segera dan kesemua suspek ditahan dan dibawa ke muka pengadilan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Supritenden Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata enam suspek telah ditahan setakat ini dan direman selama empat hari untuk membantu siasatan.
Sumber: Penang Kini
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sDdQii
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Setelah Hampir Seminggu Bertarung Nyawa, Mangsa Kes Pukul Beramai-ramai & Liwat Di Pulau Pinang Meninggal Dunia..
Sekianlah artikel Setelah Hampir Seminggu Bertarung Nyawa, Mangsa Kes Pukul Beramai-ramai & Liwat Di Pulau Pinang Meninggal Dunia.. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Setelah Hampir Seminggu Bertarung Nyawa, Mangsa Kes Pukul Beramai-ramai & Liwat Di Pulau Pinang Meninggal Dunia.. dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/setelah-hampir-seminggu-bertarung-nyawa.html