Judul : Sempena Hari Raya Aidil Fitri, DAP Gesa Putrajaya "Hapuskan" GST !
link : Sempena Hari Raya Aidil Fitri, DAP Gesa Putrajaya "Hapuskan" GST !
Sempena Hari Raya Aidil Fitri, DAP Gesa Putrajaya "Hapuskan" GST !
PETALING JAYA: Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengulangi pendirian parti itu agar Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dihapuskan bagi mengurangkan beban dialami rakyat kebelakangan ini.
Dalam perutusan sempena sambutan Aidilfitri, beliau berkata, GST yang diperkenalkan pada 1 April 2015 dengan kadar piawai sebanyak 6% telah menjadi beban utama rakyat Malaysia ditambah dengan ekonomi yang lembab.
“Keadaan ekonomi kita yang kian meruncing, kenaikan harga barangan asas serta bebanan GST, menjadikan sambutan Hari Raya tahun ini lebih mencabar terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah dan makan gaji kerana wang untuk dibelanja tidak mencukupi.”
Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, kata beliau, jika sambutan Aidilfitri disambut dengan meriah di mana orang ramai akan berpusu-pusu pulang ke kampung halaman seminggu lebih awal, namun kini budaya itu tidak mampu dipraktiskan lagi.
“Rakyat Malaysia rata-rata memilih untuk bekerja hingga ke ambang Hari Raya, demi mengumpul pendapatan lebih. “Tempias ini turut dirasakan oleh para peniaga kerana prestasi perniagaan mereka kian lembab disebabkan kuasa pembeli makin berkurangan.
Ramai peniaga di pasar atau bazar Ramadan di Pulau Pinang misalnya, merungut bahawa perniagaan mereka susut tahun ini,” kata beliau. Justeru beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang berkata, hadiah Hari Raya Aidilfitri yang paling baik dan paling bermakna bagi semua rakyat Malaysia adalah dengan menghapuskan GST.
Kata Guan Eng, sebenarnya dengan tidak melaksanakan GST pun kita boleh mendapat lebihan belanjawan dan mampu membayar BRIM setiap tahun. “Lihat saja kejayaan pemerintahan Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang yang sentiasa mencatatkan lebihan belanjawan tanpa perlu mengenakan GST.
“Kerajaan Negeri mampu mencatat lebihan belanjawan setiap tahun yang kini terkumpul sebanyak RM578 juta dalam tempoh 8 tahun pemerintahan (2008-2015) berbanding dengan lebihan RM373 juta sepanjang 50 tahun (1957-2007) di bawah Kerajaan Negeri terdahulu.
“Kerajaan negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang juga telah berjaya menaikkan aset rizab hampir 100% daripada RM849 juta pada tahun 2008 kepada RM1.6 bilion pada 2015 serta mengurangkan hutang negeri sebanyak 90% kepada RM65 juta, menjadikan Pulau Pinang menjadi negeri yang paling rendah berhutang dengan kerajaan Persekutuan,” katanya. #sumber
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Sempena Hari Raya Aidil Fitri, DAP Gesa Putrajaya "Hapuskan" GST !
Sekianlah artikel Sempena Hari Raya Aidil Fitri, DAP Gesa Putrajaya "Hapuskan" GST ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Sempena Hari Raya Aidil Fitri, DAP Gesa Putrajaya "Hapuskan" GST ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/sempena-hari-raya-aidil-fitri-dap-gesa.html