“SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN

“SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul “SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : “SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN
link : “SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN

Baca juga


“SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN


Inilah kata-kata ibu kepada Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, apabila mendengar mengenai pertuduhan terhadap mereka yang dituduh membunuh anaknya yang merupakan anak sulung dari empat adik-beradik.

Hawa Osman, 54, masih cuba menerima kehilangan anaknya. Tetapi apa yang dia mahukan saat ini hanya keadilan.
Biar mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan anak lelaki saya menerima hukuman yang setimpal. Mereka tak rasa apa-apa ke masa mereka seksa anak saya begitu?

Saya harap mereka terima hukuman yang selayaknya.
Dia berkata begitu ketika ditanya mengenai lima pelajar universiti yang didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman.
Pelajar tahun akhir UPNM itu meninggal dunia pada 1 Jun jam 9.00 pagi di Hospital Serdang kerana diserang satu kumpulan pelajar yang mengesyaki dia telah mencuri sebuah komputer riba.


Zulfarhan Osman dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan serius termasuk melecur tahap dua dan tiga pada 80 peratus tubuhnya.
Polis menahan 36 orang, termasuk 32 pelajar UPNM dan 4 orang pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), berusia antara 20 hingga 21 tahun untuk membantu siasatan pembunuhan tersebut.
Hawa, yang merupakan seorang Pembantu Tadbir di SMK Aminuddin Baki di sini, berkata dia menerima kematian itu sebagai ketetapan tuhan. Tetapi dia mempersoalkan keadaan yang menyebabkan serangan ganas dan pembunuhan anaknya.
Hawa berkata keluarganya tidak tahu menahu apa yang sebenarnya telah berlaku pada Zulfarhan Osman, menambah yang kejadian itu disembunyikan dari mereka dan hanya diberitahu setelah Zulfarhan Osman meninggal dunia.


Apa punca sebenar? Mengapa dia diseksa tanpa belas kasihan? Kesan melecur pada jasadnya ada di depan badan hingga ke belakang.
Hawa berkata dia tidak dapat menerima cara penyeksaan kejam anaknya yang telah dilakukan mereka.

Saya boleh menerima tragedi (kehilangan anak saya) ini, tetapi cara mereka mencederakan dia tidak berperikemanusiaan. Dia melecur di 80 peratus badannya, apakah mereka langsung tiada rasa simpati?
Sekurang-kurangnya bila sesuatu sebegitu terjadi pada seseorang, dia dihantar ke hospital untuk dirawat. Ini langsung tiada hati perut.
Saya harap pertuduhan di bawah Seksyen 310 Kanun Keseksaan dikekalkan. Keluarga saya mahukan keadilan untuk kematian anak lelaki saya.
Menceritakan mengenai Zulfarhan, anak lelakinya itu tidak pernah menggangu sesiapa dan sentiasa membantu orang dalam kesusahan.
Dia menambah dia mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak sulungnya itu yang mahu menjadi seorang kelasi dan menyimpan impian menjadi seorang jurutera.
Dia anak harapan keluarga. Saya mahu lihat dia berjaya. Saya mahu lihat dia berkahwin.
Bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 53, berkata dia lega kerana lima tertuduh telah didakwa, tetapi dia tidak merasa gembira.

Saya lega…tapi tak gembira. Tiada apa yang boleh mengembalikan Farhan. Saya lega polis siasat dengan cepat.
Hawa berkata, tiga naaknya yang lain, Zulhelmie Idros, 19, Zulfaiqah Lyana, 17, dan Zulhelyna Fatimah, 15, masih bersedih dengan pemergian abang mereka.
Saya berdoa untuk Farhan setiap hari. Dengan Hari Raya yang makin hampir, kami selalu teringatkan dia. Adik-adiknya merindunya.
Sumber: NST Online via amazingnara



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2roWthk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel “SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN

Sekianlah artikel “SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel “SAYA NAK MEREKA TAHU APA ITU KEMARAHAN DAN KEKECEWAAN YANG SAYA SEKELUARGA RASAKAN” – IBU ZULFARHAN dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/saya-nak-mereka-tahu-apa-itu-kemarahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :