Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar

Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar
link : Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar

Baca juga


Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar

 
Malaysia mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan negara lain, tegas Menteri Ong Ka Chuan


ong-ka-chuan-qatar


IPOH: Tiada mana-mana negara Asia Barat termasuk Arab Saudi menekan Malaysia supaya memutuskan hubungan dengan Qatar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, ia mungkin disebabkan Malaysia mengamalkan dasar tidak mencampuri urusan negara lain.

“Atas dasar berkecuali itu kita bukan hanya mampu menepis sebarang kesan negatif malah hubungan yang dijalankan daripada sudut perdagangan dengan negara Arab, termasuk Qatar tetap berjalan baik.

“Bagi Malaysia, kita hanya mahu menjadi negara perdagangan terbaik tanpa mencampuri sebarang konflik politik mana-mana negara yang berhubungan dengan kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Tahunan MCA Bahagian Gopeng di sini, hari ini.

Pada 5 Mei lalu, 5 negara iaitu Arab Saudi, Mesir, Emiriah Arab Bersatu, Bahrain dan Yaman mengumumkan keputusan memutuskan hubungan dengan Qatar atas alasan negara itu menyokong keganasan selain bersekongkol dengan Iran.

Tambah Ong, wakil sebuah syarikat pengeluar barangan elektrik yang berpangkalan di Doha, Qatar iaitu Al Amer Group dijadual melakukan lawatan ke negara ini pada Oktober depan.

“Namun, dengan apa yang berlaku kita tidak pasti sama ada syarikat gergasi itu akan meneruskan cadangan mereka untuk ke Malaysia atau sebaliknya,” katanya.



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar

Sekianlah artikel Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saudi tidak paksa putus hubungan Malaysia-Qatar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/saudi-tidak-paksa-putus-hubungan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :