Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi !

Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi ! - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi !, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi !
link : Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi !

Baca juga


Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi !


PETALING JAYA: Lim Kit Siang berkata kenyataan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali, yang mendakwa tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) untuk merampas sejumlah aset bernilai AS$540 juta kerana berkait dengan wang curi 1MDB sebagai bermotifkan politik, seolah-olah cuba mengambil alih peranan Kabinet. 

Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata Apandi selaku peguam negara mempunyai tanggungjawab menjawab tuduhan DoJ itu dari segi perundangan dan menyerahkan kepada Kabinet untuk bertindak. Menurut Lim, kenyataan Apandi itu seperti cuba mengawal jemaah Kabinet. 

“Di bawah sistem kerajaan kita, Peguam Negara perlu menjawab Kabinet dan bukan sebaliknya di mana Kabinet tertakluk kepada Peguam Negara,” katanya. Semalam, Apandi berkata saman sivil terkini difailkan DoJ untuk merampas aset berkait 1MDB adalah bersifat politik, sambil menyelar jabatan itu kerana tidak menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk mendapatkan sebarang keterangan terhadap tuntutan itu. “Jadi saya buat rumusan tindakan itu berbaur politik,” kata Apandi dipetik Bernama.

“Tindakan DoJ juga dipercayai berdasarkan maklumat yang diberi oleh segelintir pihak dari Malaysia sendiri.” Lim mengingatkan Apandi mengenai pandangan bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman yang berkata DoJ tidak perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia mengenai tindakannya oleh kerana ia berkisar soal penyalahgunaan sistem kewangan Amerika Syarikat.

 “Soal berhubung dengan peguam negara Malaysia tidak timbul,” Abu Talib memberitahu  baru-baru ini. DoJ melalui tindakan terbaru difailkan di California mahu menyita AS$540 juta (RM2.3 bilion) aset termasuk karya seni, barang kemas dan hak filem yang dibeli dengan dana yang didakwa digelapkan dari 1MDB. 

Aset yang disebut dalam tuntutan itu termasuk hak filem ke atas 2 cerita komedi, “Dumb and Dumber To” yang dibintangi Jim Carrey dan “Daddy’s Home” yang dibintangi Will Ferrell. Pembikinan filem itu didakwa dibiayai jutaan dolar dari dana pelaburan milik kerajaan itu. 

Saman sitaan pertama pada Julai tahun lepas mahu mendapatkan kembali semua aset termasuk tetapi tidak terhad kepada Hotel Park Lane di New York, sebuah hotel mewah di Beverly Hills, kondominium di New York, jet mewah, karya seni, serta biaya filem Martin Scorcese “The Wolf of Wall Street”, yang dibintangi Leonardo DiCaprio. 

Keseluruhan nilai aset yang cuba didapatkan DoJ meningkat kepada AS$1.8 bilion (RM7.7 bilion) dengan tindakan mahkamah terbaru itu. #sumber


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi !

Sekianlah artikel Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Saman DoJ "Bersifat Politik" Atau Pun Tidak, Bukan Urusan Apandi ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/saman-doj-bersifat-politik-atau-pun.html

Subscribe to receive free email updates: