Judul : SAMA SEPERTI ZAKARIA, ISA SAMAD PUN PATUT DICUTIKAN JUGA
link : SAMA SEPERTI ZAKARIA, ISA SAMAD PUN PATUT DICUTIKAN JUGA
SAMA SEPERTI ZAKARIA, ISA SAMAD PUN PATUT DICUTIKAN JUGA
Pemisahan itu mungkin bertujuan untuk mengurangkan peranan serta pengaruh Isa yang dibelenggu pelbagai cakap-cakap dan khabar angin tidak enak sejak beliau berada di Felda dan FGV secara sekaligus.
Ribut dalam FGV bermula dengan tindakan Lembaga Pengarah syarikat senaraian awam itu memutuskan agar CEOnya, Zakaria Arshad bercuti atau digantung jawatannya sementara siasatan dilakukan terhadapnya berhubung dapatan daripada laporan audit yang menimbulkan kecurigaan tentang peranannya.
Dipercayai siasatan terhadap Zakaria itu melibatkan urusan perniagaan bernilai jutaan ringgit.
Kata Isa, menjadi proses biasa dalam mana-mana organisasi besar mengarahkan individu yang terbabit dalam sebarang kes agar bercuti bagi memberi laluan untuk memudahkan penyiasatan.
Bagaimanapun, dilaporkan juga penggantungan itu adalah berikutan Zakaria menolak permintaan Isa untuk meletakkan jawatan berhubung dakwaan salah laku yang dikait terhadapnya.
Zakaria, selain mempertahankan dirinya tidak bersalah atas segala dakwaan yang dikaitkan itu dengan memberi hujah segala-galanya mengikut prosedur dan ia juga hanya melibatkan peratusan kecil dari segi kekangan kepada kewangan syarikat, kemudiannya turut tampil meminta SPRM menyiasat secara keseluruhan perjalanan FGV.
Beliau juga menyebut mengenai percubaannya menghalang beberapa urusniaga tidak masuk akal yang melibatkan jutaan ringgit dalam syarikat itu sebelum ini.
Adakah urusniaga yang cuba dihalang Zakaria itu melibatkan campurtangan Isa selaku Pengerusi atau beliau ada kepentingan di dalamnya?
Dalam perkembangan yang agak pantas, SPRM mengakui telah menerima beberapa maklumat mengenai FGV dan akan meneliti sebelum mengambil tindakan lanjut.
Menurut laporan, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki akan meminta Zakaria untuk hadir memberi keterengan dalam tempoh terdekat bagi membantu siasatan.
Dengan kata mudah, ribut yang bertukar menjadi taufan dalam FGV sekarang ini adalah melibatkan kedua-duanya personaliti utamanya, Isa selaku Pengerusi dan Zakaria selaku CEO.
Zakaria sedang dalam proses untuk disiasat dalam urusniaga yang melibatkan wang jutaan ringgit dan beliau juga mendakwa cuba menghalang urusniaga yang diluluskan Lembaga Pengarah yang dipengerusikan Isa yang juga melibatkan jutaan ringgit.
Walau apa istilah, prosedur atau berbalas serangan yang sedang dan akan terus berlaku antara Isa dengan Zakaria sekarang dan di hari-hari mendatang, di lobi serta coffee house hotel dan perbualan selepas solat sunat terawih lebih banyak mengandaikan bahawa kedua-dua mereka itu seperti “berebut harta karun” dalam FGV saja.
Maka, apa yang terbaik seterusnya?
Dengan seorang akan disiasat oleh audit dalaman sebelum diputuskan untuk dipecat atau sebaliknya dan dalam masa yang sama SPRM juga bakal menyiasat secara menyeluruh urusniaga FGV, seharusnya kedua-dua mereka yang terbabit, Isa dan Zakaria mesti dicutikan secara bersama.
Dengan SPRM menyiasat secara menyeluruh berkaitan FGV, ia tentu tidak terkecuali akan melibatkan Isa juga.
Hanya dengan merehatkan kedua-dua mereka saja, suatu siasatan yang adil dan tidak memihak dapat dilakukan kepada FGV untuk akhirnya Isa dan Zakaria dapat diadili dengan sebaik-baiknya.
Cuma, beranikah Najib memberi lampu hijau kepada tindakan merehatkan Isa itu?
– http://ift.tt/HB7gd4
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sBC75z
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel SAMA SEPERTI ZAKARIA, ISA SAMAD PUN PATUT DICUTIKAN JUGA
Sekianlah artikel SAMA SEPERTI ZAKARIA, ISA SAMAD PUN PATUT DICUTIKAN JUGA kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel SAMA SEPERTI ZAKARIA, ISA SAMAD PUN PATUT DICUTIKAN JUGA dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/sama-seperti-zakaria-isa-samad-pun.html