Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan

Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan
link : Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan

Baca juga


Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan


RANAU: Keterujaan dua beradik memburu haiwan di kawasan hutan Kg Taba, Nunuk Ragang di sini bertukar tragedi apabila adiknya maut dipercayai ditembak abang sendiri kerana disangka haiwan buruan awal pagi kelmarin. 

Ketua Polis Daerah Ranau, DSP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi pada Jumaat, mangsa, Ilylie Saim @ Imran,18, penduduk tempatan disahkan meninggal dunia dengan dua kesan tembakan pada anggota badan mangsa.

Siasatan awal pihak polis mendapati, abang mangsa berumur 19 tahun mendakwa telah terdengar anjing mereka menyalak seterusnya berlari ke arah bunyi tersebut dan ternampak seekor babi hutan lalu melepaskan tembakan. 

“Pada masa sama, abang mangsa tiba-tiba terdengar suara adiknya meminta tolong lalu bergegas ke arah suara itu dan mendapati mangsa terbaring sambil tangan kanan memegang dada sebelah kiri. 

“Dalam keadaan panik abang mangsa terus memikul mangsa dan balik ke rumah yang terletak mereka kira-kira 1 Kilometer dari tempat kejadian,” jelas Farhan. 

Kata Farhan, mangsa telah dikejarkan ke Hospital Ranau oleh abang dan keluarga mangsa menggunakan kenderaan jiran namun setibanya di hospital, mangsa telah disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Hospital Ranau. 

Menurut Farhan lagi, senjata yang digunakan ketika kejadian dipercayai senapang buatan sendiri (bakakuk) telah dirampas anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau. 

“Suspek iaitu abang mangsa turut ditahan untuk direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan/Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960. – NewSabahTimes


Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan

Sekianlah artikel Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Remaja maut tertembak, disangka haiwan buruan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/remaja-maut-tertembak-disangka-haiwan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :