Judul : Ramesh: 1MDB-DoJ, Ini ‘Maklumat’ Terkini Dari Sumber White House !
link : Ramesh: 1MDB-DoJ, Ini ‘Maklumat’ Terkini Dari Sumber White House !
Ramesh: 1MDB-DoJ, Ini ‘Maklumat’ Terkini Dari Sumber White House !
Di tengah-tengah kritikan dan sokongan terhadap DoJ ini, muncul Ramesh Rao Krishnan Naidu, seorang penyokong tegar perdana menteri yang merupakan orang di sebalik sebuah NGO bernama “Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin”.
Ramesh mempunyai “maklumat” dalaman daripada “sumber White House”. “Sumber White House” itu memberitahu Ramesh, pegawai DoJ yang terlibat menyediakan laporan mengenai 1MDB itu kini berdepan tindakan dipecat daripada kerajaan AS kerana bersubahat “membuat dakwaan palsu” terhadap Malaysia.
Ramesh sempat mengaitkan laporan DoJ itu dengan politik kepartian AS dan pentadbiran Presiden Donald Trump. “Pegawai dalam DOJ adalah pro-parti Demokrat manakala presiden AS sekarang ini Donald Trump adalah dari parti Republikan,” katanya dalam kenyataan emel kepada beberapa media dan portal tempatan.
Menurut Ramesh, laporan DoJ itu tidak disenangi Trump kerana “menjejaskan hubungan baik antara Kuala Lumpur dan Washington”. “Pembangkang ini patutnya meminta penjelasan dari DoJ kerana mereka campur tangan dalam urusan hal ehwal dalaman negara dengan saman sivil itu, bukannya ambil kesempatan dan hentam kerajaan dan PM seperti ini,” kata Ramesh. #sumber
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Ramesh: 1MDB-DoJ, Ini ‘Maklumat’ Terkini Dari Sumber White House !
Sekianlah artikel Ramesh: 1MDB-DoJ, Ini ‘Maklumat’ Terkini Dari Sumber White House ! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Ramesh: 1MDB-DoJ, Ini ‘Maklumat’ Terkini Dari Sumber White House ! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/ramesh-1mdb-doj-ini-maklumat-terkini.html