Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar

Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar
link : Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar

Baca juga


Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar





 
Oleh DATUK ISKANDAR A. SAMAD

SAYA mencadangkan Perdana Menteri menggantikan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan sekarang dengan seseorang yang lebih profesional.

Menteri sekarang, Tan Sri Noh Omar lebih suka bermain politik dan mengambil sikap berkonfrontasi dengan kerajaan negeri. Ini adalah satu sikap yang akan merugikan rakyat.

Saya melihat Timbalan Menteri sekarang, Datuk Halimah Mohamed Sadique lebih berwibawa dan terbuka. Lagipun beliau telah menjadi Timbalan Menteri sejak 2013 maka lebih berpengalaman dari Tan Sri Noh. Maka adalah wajar beliau menggantikan Tan Sri Noh.

Tetapi jika perlu melantik pemimpin dari Selangor, terdapat juga pemimpin BN yang layak mengganti Tan Sri Noh. Datuk Seri Dr Irmohizan Ibrahim, Ahli Parlimen Kuala Selangor adalah salah seorang calon pengganti Tan Sri Noh.

Ingin saya tegaskan di sini bahawa kerajaan negeri bersedia untuk bekerjasama dengan kerajaan Persekutuan di dalam isu-isu perumahan demi kebajikan rakyat.

Kami tidak bercakap kosong kerana telah memberikan keistimewaan kepada projek Perumahan 1 Malaysia (PR1MA) dan Perumahan Perkhidmatan Awam 1 Malaysia (PPA1M) sama seperti projek Rumah Selangorku. Tetapi Menteri yang terlibat lebih suka mengambil sikap untuk berkonfrontasi dengan kerajaan negeri.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri tidak boleh disalahkan jika mengambil tindakan balas.

Perlu diingatkan kerajaan negeri tidak menghalang pelaksanaan projek-projek PR1MA dan PPA1M di Selangor. Mereka hanya perlu patuh kepada peraturan yang sama seperti pemaju swasta yang lain.

DATUK ISKANDAR A. SAMAD
Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan Dan Kehidupan Bandar
Negeri Selangor



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar

Sekianlah artikel Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ramai lebih layak daripada Tan Sri Noh Omar dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/ramai-lebih-layak-daripada-tan-sri-noh.html

Subscribe to receive free email updates: