Judul : Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men
link : Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men
Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men
BAKAT yang dimiliki bintang terkenal Korea Selatan, Rain turut mendapat perhatian dari produksi Hollywood apabila ditawar untuk membintangi filem superhero X-Men.
Bagaimanapun, Rain yang bakal bergelar bapa tidak lama lagi memilih untuk menolak tawaran tersebut.
Perkara itu didedahkan oleh penerbit filem Uhm Bok Dong, Lee Beom Soo dalam satu temubual, seperti yang disiarkan portal Koreaboo.
Dalam temu bual itu, Beom Soo memberitahu Rain sanggup menolak peluang besar kerana dedikasinya untuk menghabiskan baki penggambaran filem Uhm Bok Dong.
“Rain sebenarnya ditawarkan untuk berlakon X-Men dan penggambaran dijangka bermula pada Julai depan.
“Namum disebabkan penggambaran Uhm Bom Dong hanya selesai pada Ogos depan dan komitmennya terhadap filem ini, dia telah menolak tawaran tersebut,” katanya.
Pada masa yang sama, Beom Soo yang juga merupakan seorang aktor turut memuji dan berterima kasih dengan keputusan Rain itu yang tidak mementingkan diri.
“Saya sangat terharu dan menghormati Rain kerana sikapnya yang tidak tamak.
“Saya tidak sangka dia sanggup menolak tawaran ke Hollywood semata-mata untuk tunaikan janji dan menghabiskan penggambaran filem ini,” katanya.
Rain merupakan antara artis ternama di Korea dan tersenarai dalam kalangan selebriti terkaya di negara itu. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s6etRJ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men
Anda sekarang membaca artikel Rain Tolak Tawaran Berlakon Filem X-Men dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/rain-tolak-tawaran-berlakon-filem-x-men.html