RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM

RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM
link : RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM

Baca juga


RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM

CYBERJAYA – Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan hari ini mencadangkan dua nama yang boleh menjadi calon Perdana Menteri Pakatan Harapan iaitu Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Menurutnya, calon ini bagi beliau adalah lebih baik daripada mengembalikan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri.

“Bukan saya hendak perkecilkan mana-mana pihak dan sesiapa sahaja boleh jadi perdana menteri.

“Tapi cukuplah 22 tahun..macamlah tiada pemimpin dalam pembangkang yang boleh menjadi perdana menteri.

“Letak calon berusia 92 tahun dan banyak kontroversi sebagai calon perdana menteri..untuk menang pilihan raya dan ia nampak terdesak sangat. Tidak semestinya.. Tony Pua dan Rafizi juga boleh jadi perdana menteri,” katanya di sini, hari ini.

Bercakap pada sidang media, Abdul Rahman mengulas mantan menteri undang-undang Zaid Ibrahim yang mengumumkan kabinet bayangannya sekiranya pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang.

Selepas menamakan Mahathir sebagai perdana menteri, Zaid kemudiannya menamakan Lim Kit Siang sebagai menteri pendidikan, timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai menteri kewangan dan Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk mengetuai sebuah kementerian baru untuk minyak dan tenaga, yang akan bertanggungjawab terhadap Petronas.

Zaid juga menyarankan agar Tony Pua dijadikan menteri perdagangan domestik dan antarabangsa, Rafizi sebagai menteri dalam portfolio baru untuk mengawasi Mara, Felcra, Risda, Felda dan Tabung Haji sementara Presiden Amanah, Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan.

Mengulas mengenai Mat Sabu mengendalikan portfolio kementerian pertahanan, Abdul Rahman berkata, sekiranya impian menjadi kenyataan, maka “semoga tuhan membantu kita semua”.

– SH

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sNEZ1y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!




Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM

Sekianlah artikel RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel RAHMAN DAHLAN CADANG RAFIZI, TONY PUA JADI PM dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/rahman-dahlan-cadang-rafizi-tony-pua.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :