Judul : RAFIZI SOAL FELDA TAMBAH PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH
link : RAFIZI SOAL FELDA TAMBAH PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH
RAFIZI SOAL FELDA TAMBAH PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari menimbulkan soalan sama ada Felda telah membeli 37 peratus pegangan dalam syarikat perladangan Indonesia, PT Eagle High Plantations dan akan menambah saham majoriti dalam syarikat itu.
Katanya, meskipun setakat ini tiada pengesahan rasmi daripada Felda, namun isu itu mendapat liputan daripada media Indonesia.
“Isu kepincangan pengurusan Felda dan pelbagai kerugian Felda mendapat perhatian setelah cadangan pembelian itu bocor kepada rakyat.
“Pun begitu, tidak pernah ada satu kenyataan pun bahawa Felda sedang mengkaji semula keputusan itu walaupun Pengerusi Felda yang baru, Tan Sri Shahrir Samad mengakui secara terbuka bahawa Felda terpaksa meminjam wang untuk membayar pembelian itu,” kata Rafizi pada kenyataan media.
Rafizi berkata, sebuah akhbar harian di Indonesia minggu lalu melaporkan Felda berminat menguasai saham majoriti dalam PT Eagle High.
Antara lain ia melaporkan urusniaga itu dimuktamadkan pada April lalu dengan Rajawali Group yang dimiliki Tan Sri Peter Sondakh.
Akhbar itu juga melaporkan sebuah anak syarikat Felda telah membayar sehingga AS$ 505.4 juta bersamaan sekitar RM2.12 bilion bagi saham-saham berkenaan.
Selain itu, Felda juga dilaporkan akan membuat satu “tawaran umum” bagi membeli saham-saham PT Eagle High yang belum dimilikinya
“Saya meminta supaya Datuk Seri Najib dan Tan Sri Shahrir mengesahkan perkara ini iaitu Felda telah pun membeli 37 peratus saham PT Eagle High walaupun tidak diumumkan sebelum ini.
“Lebih-lebih lagi, saya mahu Najib dan Shahrir menjawab adakah benar Felda berniat untuk menguasai saham-saham PT Eagle High yang belum dimilikinya melalui satu “tawaran umum”,” kata Rafizi.
Menurutnya, bagi menguasai 30 peratus lagi pegangan akan melibatkan kira-kira RM2 bilion wang yang perlu disuntik ke syarikat perladangan Indonesia itu.
“Soalan yang paling penting ialah dari mana wang ini akan datang dalam keadaan kewangan Felda sendiri dalam keadaan yang tenat sehingga terpaksa menjual asetnya seperti saham-saham Felda di dalam Maybank?,” soalnya.
Januari lalu, The Wall Street Journal melaporkam Felda menjual sebahagian daripada kepentingannya dalam Maybank untuk mengumpul dana sehingga RM280 juta.
Felda, melalui entiti milik penuhnya, Felda Investment Corporation (FIC) Properties Sdn Bhd April lalu dilapor membeli 37 peratus dalam PT Eagle High.
Pembelian itu diumumkan oleh Rajawali Group pada 20 April tetapi tidak melalui Felda.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2to61tD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel RAFIZI SOAL FELDA TAMBAH PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH
Anda sekarang membaca artikel RAFIZI SOAL FELDA TAMBAH PEGANGAN DALAM PT EAGLE HIGH dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/rafizi-soal-felda-tambah-pegangan-dalam.html