Judul : Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas
link : Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas
Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas
Menurut Panglima TUDM, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang, radar pengesan itu digunakan pada hari penerbangan pesawat Hawk pada Khamis lepas, sebelum nahas itu berlaku.
"Dari segi aspek penyiasatan, TUDM telah memperoleh bukti awal daripada radar pengesan dan masih terlalu awal untuk kami membuat kesimpulan dengan apa yang sebenarnya berlaku.
"Di lokasi nahas, TUDM berjaya menjumpai kedua-dua kerusi anjal pesawat Hawk dan bahagian besar bangkai pesawat itu yang tidak tertimbus di kawasan paya," katanya pada sidang berita ketika meninjau kawasan nahas pesawat Hawk di Kampung Yak Yah di sini, hari ini.
BACA: Foto anak arwah Mejar Yazmi menangis dalam dakapan Tunku Azizah undang sebakBACA: "Mak tidak mahu kamu berkecai-kecai. Mak hendak kamu satu jasad"
BACA: 'Saya ingat dia lambai, saya lambai balik' - Saksi nahas pesawat TUDM
Affendi berkata selepas memperoleh komponen pesawat itu, TUDM akan membuat lakaran kasar untuk menentukan kemungkinan keadaan sebenar pesawat itu terhempas di kawasan berkenaan.
Tambahnya untuk memastikan siasatan dilakukan dengan sistematik TUDM mendapatkan bantuan daripada beberapa agensi bagi termasuk Rejimen Askar Jurutera Diraja dan Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE).
Mengulas lanjut, Affendi berkata pesawat tempur Hawk 108 tidak mempunyai kotak hitam bagi melindungi operasi ketenteraan tetapi TUDM mempunyai kaedah tersendiri bagi menentukan punca nahas.
"Kebanyakan pesawat tentera tidak mempunyai kotak hitam, terutama yang dibeli pada waktu itu dan ia menjadi cabaran kepada kami," katanya lagi.
Dalam kejadian Khamis lalu, pesawat tempur yang dipandu Mejar Yazmi Mohamed Yusof 39, dan Mejar Hasri Zahari, 31, terhempas berhampiran Kampung Yak yah di Chukai Kemaman selepas setengah jam berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi.
Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kemudiannya menemui kedudukan pesawat latihan berkenaan yang terbenam dalam kawasan berpaya.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sJXhll
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas
Anda sekarang membaca artikel Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/radar-tudm-rakam-nahas-pesawat-hawk-108.html