Judul : Punca AirAsia X berpatah balik diketahui dalam masa sebulan - Liow
link : Punca AirAsia X berpatah balik diketahui dalam masa sebulan - Liow
Punca AirAsia X berpatah balik diketahui dalam masa sebulan - Liow
ANTARAPOS.COMKLANG: Keputusan siasatan terhadap insiden pesawat AirAsia X penerbangan D7237 yang terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Perth ekoran masalah teknikal akan diketahui dalam masa sebulan, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Liow berkata beliau telah mengarahkan Jabatan Penerbangan Awam dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (AAIB) di bawah kementeriannya untuk menyiasat serta mengenal pasti punca sebenar masalah yang dihadapi Penerbangan D7237 pada Ahad lepas.
"Butiran terperinci siasatan akan mendedahkan lebih banyak maklumat daripada rakaman kokpit tentang apa yang sebenarnya berlaku semasa penerbangan itu," katanya kepada pemberita sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA Klang di sini Khamis malam.
Penerbangan awal pagi dari Perth ke Kuala Lumpur berpatah balik selepas pesawat Airbus A330 membawa 359 penumpang itu mengalami masalah teknikal pada satu daripada dua enjinnya sejurus setelah berlepas. Penumpang menceritakan pengalaman mereka yang merasai gegaran kuat di dalam kabin pesawat itu. Kru penerbangan dipuji kerana berjaya menangani situasi itu dengan baik.
Pesawat itu selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Perth pada 10 pagi dan semua penumpang dipindahkan ke penerbangan berikutnya pada 11:40 malam hari yang sama.
Dalam perkembangan lain, Liow menafikan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris bahawa sebuah kontena dengan muatan peralatan radar telah hilang dari Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Beliau berkata Lembaga Pelabuhan Johor mengesahkan bahawa kontena itu tidak pernah hilang, sebaliknya telah pun tiba di destinasinya, Belanda.
"Semua pemindahan ke kapal tetap berada dalam penyeliaan rapi kami. Saya telah pun mengarahkan Lembaga Pelabuhan Johor supaya mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini," katanya.
Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kontena itu yang mengandungi peralatan radar berteknologi tinggi dari Australia itu hilang selepas ditahan di Pelabuhan Tanjung Pelepas.
Sementara itu, Liow berkata beliau turut mengarahkan Lembaga Pelabuhan Klang supaya menyiasat laporan akhbar bahawa beratus-ratus kontena berisi bahan buangan plastik dan tayar skrap ditinggalkan begitu sahaja di Pelabuhan Klang.
Katanya perkara itu akan diberi perhatian serius oleh kerana terdapat kes apabila terdapat penerima konsain yang tidak tampil untuk menuntut kontena itu, sekaligus memenuhi ruang di Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat.
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Punca AirAsia X berpatah balik diketahui dalam masa sebulan - Liow
Sekianlah artikel Punca AirAsia X berpatah balik diketahui dalam masa sebulan - Liow kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Punca AirAsia X berpatah balik diketahui dalam masa sebulan - Liow dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/punca-airasia-x-berpatah-balik.html