Judul : Pulang beraya: Pandu secara berhemah, berwaspada di enam laluan ini di Kelantan
link : Pulang beraya: Pandu secara berhemah, berwaspada di enam laluan ini di Kelantan
Pulang beraya: Pandu secara berhemah, berwaspada di enam laluan ini di Kelantan
Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner (DCP) Datuk Hasanuddin Hassan berkata, lokasi yang terlibat dalam Op Selamat sempena Hari Raya Aidilfitri yang baru bermula pada 18 Jun sehingga 2 Julai ini ialah di beberapa lokasi seperti di Tumpat, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai, Machang, Kota Bharu dan Gua Musang.
Katanya, tema Op Selamat kali ini ialah "Rumah Selamat, Selamat Ke Destinasi" adalah untuk mengurangkan kadar kemalangan dan memberi kesejahteraan kepada masyarakat.
"Ada enam kawasan dalam kontinjen Kelantan. Antaranya ialah, kalau di kawasan Kuala Krai, ada dua iaitu Jalan Kuala Krai-Gua Musang, Pasir Mas, dan Jalan Rantau Panjang-Pasir Mas-Simpang Tiga Lubuk Jong."Satu lagi Panglima Bayu-Rantau Panjang, Jeram Pergah, Machang-Tanah Merah-Pasir Puteh hadapan JKR jajahan Machang, dan Pasir Puteh-Jalan Kota Bharu-Terengganu," ujar Hasanuddin.
Hasanuddin juga mengingatkan kepada masyarakat yang ingin meninggalkan rumah agar bekerjasama untuk mengisi borang sebagai pemakluman di balai polis berdekatan ataupun melalui aplikasi mudah alih terbaharu iaitu Volunteer Smartphone Patrol (VSP).
Beliau berkata kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Op Selamat kali ke-11 peringkat negeri Kelantan di Hentian Gua Musang.
Kemalangan jalan raya di Kelantan ketika musim perayaan Aidilfitri tahun lepas menurun kepada 732 kes berbanding 753 kes dalam tempoh sama pada 2015.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ti5b2f
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pulang beraya: Pandu secara berhemah, berwaspada di enam laluan ini di Kelantan
Anda sekarang membaca artikel Pulang beraya: Pandu secara berhemah, berwaspada di enam laluan ini di Kelantan dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pulang-beraya-pandu-secara-berhemah.html