Judul : PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang
link : PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang
PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bersikap optimis dalam mempertahankan kerusi Parlimen Lanang dengan meletakkan tiga calon berpotensi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan datang.
Memetik laporan Utusan Borneo, Setiausaha Organisasi Pusat SUPP Datuk Mathew Chen berkata, tiga calon tersebut dilihat mempunyai potensi serta peluang untuk menang.
"Antara calon yang berpotensi adalah Kelvin Kong, Wong Chin Yong dan Joseph Chieng akan dipilih SUPP Dudong dan Bukit Assek mewakili SUPP. Namun, kita cuma pilih seorang sahaja.
“Justeru, kita mahu kedua-dua SUPP Dudong dan Bukit Assek mengukuhkan kerjasama mereka bagi misi merampas balik kerusi Parlimen Lanang," katanya
Chen berkata, Parlimen Lanang mempunyai 70 peratus pengundi Cina manakala selebihnya adalah pengundi Bumiputera.
“Kalau kita berjaya meraih setengah undi Cina (35 peratus) manakala meraih 80 peratus undi Bumiputera maka misi kita merampas kerusi Parlimen Lanang akan berjaya,” ujarnya.
Sementara itu, Pengerusi SUPP Dudong Datuk Dr Soon Choon Teck berkata sudah tiba masanya SUPP mempertahankan hak di kerusi parlimen Lanang pada PRU14 kali ini.
"Jangan SUPP hilang lagi kerusi di Parlimen Lanang," katanya
Beliau juga turut menggesa Presiden parti Datuk Dr Sim Kui Hian mengambil serius hal ini demi kemenangan Barisan Nasional (BN) kerana secara tradisi kerusi Parlimen Lanang adalah milik SUPP. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sv71zc
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang
Sekianlah artikel PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel PRU14 : SUPP Optimis Pertahankan Kerusi Lanang dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pru14-supp-optimis-pertahankan-kerusi.html