Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London

Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London
link : Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London

Baca juga


Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London

Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London, kata peguam

  | June 14, 2017
S N Nair berkata, editor Sarawak Report tidak boleh dipaksa datang ke Malaysia atas perbelanjaan sendiri untuk polis memulakan siasatan terhadap dakwaan RM9.5 juta dibayar kepada Shafee Abdullah.
KUALA LUMPUR: Pegawai polis Malaysia boleh pergi ke Londong untuk mengambil keterangan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown berhubung dakwaan seorang peguam menerima RM9.5 juta dari akaun bank peribadi perdana menteri, kata S N Nair.

Peguam itu berkata, Rewcastle-Brown tidak boleh dipaksa datang ke Malaysia atas perbelanjaan sendiri untuk polis memulakan siasatan.
“Pegawai polis boleh merakam keterangan itu di bawah Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah di London,” katanya mengulas kenyataan ketua polis negara tidak boleh menjamin laluan selamat untuk Rewcastle-Brown, jika beliau memutuskan untuk datang ke Malaysia.
Nair yang juga bekas pegawai polis berkata, dahulu pegawai polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pernah pergi ke luar negara untuk mengambil keterangan saksi.
Beliau memberi contoh polis menemui penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Bangkok pada Julai 2008 untuk mengambil keterangannya.
Ketika itu, polis menyiasat Balasubramaniam yang didakwa membuat akuan bersumpah (SD) palsu.
Balasubramaniam – saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu membuat SD kontroversi dengan mendakwa ada kaitan antara wanita Mongolia itu dengan Najib yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.
Keesokannya, beliau menarik balik SD itu dan tampil dengan SD ke-2 sebelum beliau dan keluarganya pergi ke India.
Nair berkata, kenyataan Khalid hari ini memberi gambaran polis tidak berminat meneruskan siasatan terhadap laporan yang dibuat ahli politik pembangkang, 2 minggu lalu.
“Polis perlu menyiasat sesuatu kes sebaik sahaja laporan dibuat,” katanya.
Nair berkata, Khalid tidak boleh menepis laporan Sarawak Report mengenai pemindahan wang RM9.5 juta itu sebagai khabar angin, sebaliknya mereka perlu meneruskan siatasan dengan mengambil kenyataan Rewcastle-Brown.
Beliau berkata, terpulang kepada peguam negara untuk menentukan hasil siasatan polis.
Rewcastle-Brown dilaporkan berkata, polis Malaysia boleh pergi ke United Kingdom, jika mereka mahu bercakap dengannya.
Nair ingin tahu jika polis sudah mengklasifikasikan kes itu berdasarkan laporan yang dibuat.
Sarawak Report mendakwa Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mengetuai pendakwaan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, menerima 2 transaksi wang berjumlah RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi Najib.
Portal itu turut menerbitkan gambar 2 slip bayaran pada September 2013 dan Februari 2014, 2 minggu sebelum Mahkamah Rayuan mengubah keputusan Mahkamah Tinggi untuk membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu disahkan Mahkamah Persekutuan pada 2015 yang menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Anwar.
Pada 9 Januari 2012, Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan meliwat, menyebabkan kerajaan memfailkan rayuan.
Pada 9 Jun lalu, Shafee ketika ditanya mengenai dakwaan itu memberitahu FMT: “Saya akan mengeluarkan kenyataan, tetapi bukan hari ini.”
Kaitan:
Editor Sarawak Report itu berkata, ketua polis negara boleh menjamin perjalanan selamat untuknya, tetapi beliau enggan berbuat demikian.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqzlCl

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London

Sekianlah artikel Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Polis boleh ambil keterangan Rewcastle-Brown di London dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/polis-boleh-ambil-keterangan-rewcastle_15.html

Subscribe to receive free email updates: