Judul : PKR Kata Mahathir Bakal Bawa Kemusnahan!
link : PKR Kata Mahathir Bakal Bawa Kemusnahan!
PKR Kata Mahathir Bakal Bawa Kemusnahan!
KUALA LUMPUR – Perebutan kuasa yang berlaku dalam kalangan parti-parti pembangkang yang menganggotai Pakatan Harapan tidak boleh disorokkan lagi, malah semakin lama semakin meruncing.
Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini mengeluarkan kenyataan oleh pemimpinnya, William Leong Jee Keen membidas Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad kerana cuba mengambil alih pimpinan Pakatan Harapan.
Jee Keen yang merupakan Ahli Parlimen Selayang berkata, cadangan Mahathir supaya beliau mengetuai Pakatan Harapan dengan alasan supaya pembangkang dapat memenangi undi kaum Melayu merupakan satu bencana.
“Cadangan Mahathir untuk mengambil alih kepimpinan pembangkang dan untuk PPBM menjadi parti yang dominan dalam Pakatan Harapan bagi memenangi undi Melayu tidak akan berakhir dengan kemenangan, sebaliknya bencana
“Benar adalah kritikal untuk pembangkang memenangi undi Melayu terutama di kawasan-kawasan kampung. Cara untuk memenanginya perlu dicari tetapi perlu berdasarkan prinsip, menghormati kepentingan semua dan secara konsensus. Cadangan (Mahathir) tersebut gagal dalam menghormati,” tegasnya dalam kenyataan itu hari ini.
Mengulas lanjut, Jee Keen berkata, cadangan Mahathir itu pada dasarnya merupakan satu usaha kepada penyebatian politik perkauman ke dalam Pakatan Harapan sedangkan Pakatan Harapan tidak boleh berpegang kepada konsep Ketuanan Melayu kerana ia melanggar prinsip pakatan pembangkang.
Menurut beliau, jika Pakatan Harapan bertukar daripada dasar Ketuanan Rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum kepada Ketuanan Melayu merupakan satu pengkhianatan kepada prinsip-prinsip Pakatan Harapan.
Beliau turut mengingatkan Mahathir bahawa Pengerusi PPBM itu tidak akan menjadi Ketua Pembangkang walaupun beliau berjaya mengetuai Pakatan Harapan kerana Pakatan Harapan bukan pembangkang.
Jelas beliau, Pakatan Harapan cuma `kenderaan’ untuk pembangkang yang terdiri daripada ahli reformasi, aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO) seperti BERSIH untuk memasuki kawasan kampung dan FELDA bagi mempengaruhi rakyat menentang kerajaan Malaysia.
Malah, katanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak memegang sebarang jawatan kerana beliau cuma `de facto’ yang memberi inspirasi kepada rakyat supaya menentang Barisan Nasional (BN).
“PPBM tidak boleh menuntut dan pemimpin Pakatan Harapan tidak boleh membenarkan Mahathir menjadi `de facto’ pakatan pembangkang kerana ia tidak akan diterima oleh orang ramai (penyokong pembangkang)
“Komitmen menahan gas pemedih mata, meriam air, keganasan polis, dipukul, ditangkap, ditahan tanpa perbicaraan, pendakwaan terpilih, penjara, penindasan dan pemulauan (sewaktu Mahathir menjadi Perdana Menteri) akan menyebabkan mereka tidak menerima dasar-dasar yang mereka telah berjuang begitu lama dan begitu sukar untuk dihapuskan,” katanya. – Mynewshub.cc
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2s26h1V
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel PKR Kata Mahathir Bakal Bawa Kemusnahan!
Anda sekarang membaca artikel PKR Kata Mahathir Bakal Bawa Kemusnahan! dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pkr-kata-mahathir-bakal-bawa-kemusnahan.html