Judul : Pesawat Hawk TUDM Yang Hilang Terhempas, 'Dua' Juruterbangnya Maut
link : Pesawat Hawk TUDM Yang Hilang Terhempas, 'Dua' Juruterbangnya Maut
Pesawat Hawk TUDM Yang Hilang Terhempas, 'Dua' Juruterbangnya Maut
KUANTAN: Dua orang juruterbang pesawat pejuang Hawk 108 terbunuh selepas terhempas di kawasan 51 kilometer dari pangkalan udara Tentera Udara Diraja Malaysia di sini.
Kedua-dua mayat juruterbang ditemui dalam keadaan memakai payung terjun.
Sebelum ini, Kementerian Pertahanan mengesahkan sebuah pesawat pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan jam 12.35 tengah hari Khamis.
"Markas Tentera Udara mengesahkan bahawa sebuah pesawat pejuang TUDM jenis Hawk 108 dikhuatiri hilang di persekitaran utara Kuantan iaitu di persempadanan Terengganu dan Pahang.
"Pesawat telah berlepas dari Pangkalan Udara Kuantan pada jam 11 pagi dan terputus hubungan pada jam 11.30 pagi," menurut kenyataan tersebut. #sumber
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pesawat Hawk TUDM Yang Hilang Terhempas, 'Dua' Juruterbangnya Maut
Sekianlah artikel Pesawat Hawk TUDM Yang Hilang Terhempas, 'Dua' Juruterbangnya Maut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pesawat Hawk TUDM Yang Hilang Terhempas, 'Dua' Juruterbangnya Maut dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pesawat-hawk-tudm-yang-hilang-terhempas.html