Judul : PERGINYA MEREKA DI BULAN MULIA
link : PERGINYA MEREKA DI BULAN MULIA
PERGINYA MEREKA DI BULAN MULIA
KUANTAN: Dua juruterbang pesawat Hawk 108 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dilaporkan hilang jam 11.30 pagi tadi disahkan meninggal dunia.
Mereka ditemui kira-kira jam 2.30 petang tadi di kawasan berhampiran Kampung Chukai, dekat Kemaman, Terengganu. Perkara itu disahkan Panglima Tentera Udara, Jeneral Datuk Seri Affendi Buang pada sidang media khas di Pangkalan TUDM Kuantan, di sini, sebentar tadi.
Beliau berkata, mayat mangsa ditemui 20 meter antara satu sama lain dengan payung terjun masing-masing. “Kita percaya mereka sempat menarik kerusi anjal ketika pesawat itu mula hilang kawalan.
“Mereka adalah juruterbang berpengalaman dan ini adalah kehilangan besar kepada kami.
“Juruterbang yang meninggal dunia ialah Mejar Mohd Hasri Zahari dari Bandar Baru Jempol, Negeri Sembilan dan Mejar Yazmi Mohamed Yusof dari Kuala Lumpur,” katanya.
Beliau berkata, bangkai pesawat bagaimanapun masih belum dijumpai dan gerakan mencari sedang giat dijalankan.
Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan bagi membolehkan bedah siasat dilakukan.
Dalam pada itu, TUDM menggantung sementara operasi pesawat Hawk 108 sehingga siasatan selesai.
Sumber: Harian Metro/BH ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sgEiLL
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel PERGINYA MEREKA DI BULAN MULIA
Anda sekarang membaca artikel PERGINYA MEREKA DI BULAN MULIA dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/perginya-mereka-di-bulan-mulia.html