Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM

Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM
link : Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM

Baca juga


Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM

KUALA LUMPUR: Pergeseran membabitkan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz dengan pemimpin Barisan Nasional (BN) dari Sarawak dan Sabah berhubung isu cukai pelancongan sudah selesai, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid menjelaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat Kabinet semalam mengarahkan supaya masalah itu diselesaikan dan tiada lagi kenyataan dikeluarkan, sama ada oleh pemimpin kerajaan pusat atau negeri.

Malah Ahmad Zahid memberitahu, beliau secara peribadi telah mengadakan pertemuan dengan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Abang Johari Abang Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman untuk menyelesaikan perkara tersebut.

"Semalam saya juga secara peribadi telah berjumpa Ketua Menteri Sarawak dan Ketua Menteri Sabah. Kita sudah tutup buku dan buka buku baharu," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Bengkel Pembaharuan Pendidikan Islam Lembaga Penasihat Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) di sini, hari ini.

Ahmad Zahid berkata, pelaksanaan cukai pelancongan itu akan tetap diteruskan seperti dijadualkan bermula 1 Julai ini.

"Kita merasakan bahawa masalah promosi pelancongan ini memerlukan dana dan terdapat negeri yang mempunyai kutipan cukai yang sedikit dan ada negeri yang banyak.

"Apa pun (hasil cukai) akan diguna pakai untuk promosi produk pelancongan, bukan hanya mengikut negeri tetapi mengikut bidang atau kepentingan produk pelancongan," katanya.

Ditanya sama ada Sarawak menarik balik keputusannya untuk keluar dari Tourism Malaysia, Ahmad Zahid menegaskan perkara itu sudah selesai dan tidak berbangkit lagi.

Minggu lalu, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menggesa kerajaan supaya menangguh pelaksanaan cukai pelancong di Sabah dan Sarawak kerana khuatir cukai baharu itu akan membawa kesan kepada industri pelancongan.

Gesaan menteri baharu Sarawak itu diselar Mohamed Nazri yang menganggap Abdul Karim sebagai menteri ‘setahun jagung’ dan diminta tidak berlagak samseng.

Mohamed Nazri baru-baru ini memaklumkan, pelaksanaan cukai pelancongan akan tetap diteruskan bermula 1 Julai ini yang menyaksikan pelanggan membayar sehingga RM20 satu malam untuk sebuah bilik hotel bertaraf lima bintang.

Isu cukai pelancongan menjadi perbahasan apabila ada pihak yang meminta cukai tersebut hanya dikenakan kepada pelancong asing dan tidak melibatkan pelancong tempatan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sqQwDQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM

Sekianlah artikel Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pergeseran Nazri dan pemimpin BN Sarawak, Sabah selesai - TPM dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pergeseran-nazri-dan-pemimpin-bn.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :