Judul : Peniaga Kecewa. Sanggup Bayar Tapak Bazar Ramadan RM1,000 Kepada Penganjur ‘Karnival Ramadhan UPM’ Kerana Dijanjikan Kehadiran 50 Ribu Pengunjung, Tapi....
link : Peniaga Kecewa. Sanggup Bayar Tapak Bazar Ramadan RM1,000 Kepada Penganjur ‘Karnival Ramadhan UPM’ Kerana Dijanjikan Kehadiran 50 Ribu Pengunjung, Tapi....
Peniaga Kecewa. Sanggup Bayar Tapak Bazar Ramadan RM1,000 Kepada Penganjur ‘Karnival Ramadhan UPM’ Kerana Dijanjikan Kehadiran 50 Ribu Pengunjung, Tapi....
Seorang peniaga meluahkan rasa kesalnya terhadap penganjur ‘Karnival Ramadhan UPM’, Atmos Trade dan mendakwa tertipu dengan promosi penganjur untuk menarik peniaga menyertai bazaar ramadan tersebut lapor Astro Gempak.
Peniaga tersebut yang enggan namanya didedahkan mendakwa, harga bagi sebuah tapak berniaga berharga RM1,000 dan mereka dijanjikan lebih 50,000 pengunjung ke karnival tersebut sepanjang tempoh ia dibuka bermula 26 Mei lalu hingga 23 Jun ini.
Namun, realitinya dia mulai rasa tertipu apabila tapak bazaar tersebut tidak dikunjungi orang ramai seperti yang diuar-uarkan menerusi iklan dan promosi mereka (penganjur).
“Saya sendiri sanggup mengeluarkan simpanan membayar RM1,000 untuk harga tapak kerana yakin dengan promosi mereka.
“Menerusi promosi, penganjur yakin memberi jaminan dengan menjangkakan lebih 35,000 pelajar, 5,000 kakitangan UPM dan 10,000 penduduk sekitar akan mengunjungi bazaar yang terletak di KMR One Putra, Universiti Putra Malaysia (UPM).
“Saya kecewa apabila daripada hari pertama Ramadan sehingga kini, pengunjung yang datang boleh dikira dengan jari.
“Bukan mahu mengaut keuntungan, tetapi adakah penganjur tidak memikirkan kerugian modal harian dan pembaziran yang berlaku?
“Kami ini (peniaga) bukan orang kaya, tujuan berniaga di bazaar ini pun untuk mencari duit lebih bagi menampung perbelanjaan untuk Hari Raya nanti. Tetapi, kalau dah begini jadinya...nak beli baju raya pun terpaksa fikir dua tiga kali sebab kami tidak dapat apa-apa.
“Usah kata pulangan modal harian...modal tapak lagilah jauh panggang dari api,” luahnya kesal.
Tambahnya lagi peniaga juga perlu membayar tambahan sebanyak RM100, wang deposit keselamatan.
“Macam saya, bayaran yang dikenakan ialah sebanyak RM1100 tetapi ada sesetengah peniaga lain yang bayar pada harga promosi iaitu RM950 untuk satu tapak perniagaan.“Jadi, berbaloikah pada kami jika pengunjung yang datang ke bazaar tidak sampai 300 orang berbanding lebih 50,000 yang dijanjikan mereka?
"Konon-konon di media sosial mereka naikkan perkongsian yang karnival ini mendapat sambutan menggalakkan dan beyond expectation semua itu bohong!
"Kalau betul beyond expectation...kenapa tak update gambar hari-hari? Ye lah, kata lebih 50,000 pengunjung mestilah kena tunjukkan?
"Setakat ini kira-kira 15 daripada 42 peniaga telah menutup perniagaan mereka, tetapi ada sebahagian yang mahu mendapatkan keadilan menuntut wang mereka dikembalikan penganjur sebelum betul-betul berhenti berniaga.
“Aduan sudah dibuat kepada mereka, tetapi jawapan yang diberikan pihak penganjur seperti melepaskan batuk di tangga apabila bersetuju untuk memulangkan RM200 sahaja kepada peniaga yang menghentikan perniagaan.
“Janganlah aniaya kami macam ini, kami mencari rezeki halal...” katanya.
Bukan itu sahaja malah menerusi promosi mereka, pihak penganjur turut menyebut selain bazaar, pelbagai program menarik akan diadakan sepanjang ‘Karnival Ramadan UPM’ seperti Pesta Durian, Talk-Santai Rohani, Berbuka Puasa bersama Selebriti Tanah Air dan banyak lagi.
“Kalau anda semua berada di tempat saya, anda juga akan melihat karnival ini sebagai sesuatu yang besar dan terpedaya. Tengok sahajalah program-program yang dinyatakan dalam promosi mereka!
“Mana semua itu? Hari ini sudah 14 Ramadan, tapi saya tak nampak apa-apa program seperti mereka nyatakan itu berlangsung di sini.
"Saya mewakili peniaga lain ingin berpesan kepada penganjur supaya tidak tamak dengan mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan titik peluh kami.
"Sungguhpun di dalam surat perjanjian penganjur menyatakan tidak akan bertanggungjawab sekiranya pengunjung tidak ramai, tetapi sekurang-kurangnya biarlah separuh daripada jumlah yang dijangka, ini suku pun tak sampai.
“Saya juga berharap agar pihak UPM Holdings memberi perhatian dan memandang serius perkara ini kerana nama institusi pengajian turut terpalit dengan lumpur yang dibawa seekor kerbau,” tegasnya.
Karnival Ramadhan UPM dianjurkan Atmos Trade mendapat kerjasama daripada UPM holdings.
-Pen Merah Press
-Pen Merah Press
✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2rt8zKw
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Peniaga Kecewa. Sanggup Bayar Tapak Bazar Ramadan RM1,000 Kepada Penganjur ‘Karnival Ramadhan UPM’ Kerana Dijanjikan Kehadiran 50 Ribu Pengunjung, Tapi....
Sekianlah artikel Peniaga Kecewa. Sanggup Bayar Tapak Bazar Ramadan RM1,000 Kepada Penganjur ‘Karnival Ramadhan UPM’ Kerana Dijanjikan Kehadiran 50 Ribu Pengunjung, Tapi.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Peniaga Kecewa. Sanggup Bayar Tapak Bazar Ramadan RM1,000 Kepada Penganjur ‘Karnival Ramadhan UPM’ Kerana Dijanjikan Kehadiran 50 Ribu Pengunjung, Tapi.... dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/peniaga-kecewa-sanggup-bayar-tapak.html