Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati

Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati - Hallo sahabat MALAYSIA SEPEKAN, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati
link : Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati

Baca juga


Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati


PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini, menjatuhkan hukuman mati ke atas sembilan warga Filipina yang terbabit dalam pencerobohan bersenjata di Lahad Datu 2013, kerana melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh membuat keputusan itu sebulat suara, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan supaya hukuman lebih berat dijatuhkan terhadap semua responden.

Mereka adalah Atik Hussin Abu Bakar, 46; Basad H Manuel, 42; Ismail Yasin, 77; Virgilio Nemar Patulada, 57; Salib Akhmad Emali, 64; Al Wazir Osman, 62; Tani Lahad Dahi, 64; Julham Rashid, 70, dan Datu Amirbahar Hushin Kiram, 54.

Semua responden sebelum ini dihukum penjara seumur hayat oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 25 Julai tahun lalu, selepas didapati bersalah melakukan kesalahan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan.

Mohd Zawawi dalam penghakimannya berkata, serangan musuh dari luar negara yang tidak pernah berlaku sebelum ini dirancang secara terperinci.

Katanya, ia menyebabkan sembilan anggota pasukan keselamatan terkorban dan ramai yang lain tercedera manakala penduduk terpaksa meninggalkan rumah masing-masing.

"Ia (pencerobohan) ini kejam kerana membabitkan nyawa, harta benda dan kesan trauma yang dialami. Sehubungan itu, hanya hukuman mati yang wajar dikenakan ke atas semua responden," katanya.

Semua responden diwakili peguam Datuk N Sivananthan manakala barisan pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud. - BHOnline


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2sFzH5R

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!



Appear First on Malaysia Sepekan


Demikianlah Artikel Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati

Sekianlah artikel Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pencerobohan Lahad Datu: 9 Dihukum Mati dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pencerobohan-lahad-datu-9-dihukum-mati.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :