Judul : Pemuda PPBM anjur Nothing To Hide, turut undang Najib
link : Pemuda PPBM anjur Nothing To Hide, turut undang Najib
Pemuda PPBM anjur Nothing To Hide, turut undang Najib
Ketua PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Dr Mahathir sendiri akan turun bagi menjawab apa jua soalan atau isu dan mahu Najib untuk hadir sama.
PETALING JAYA: Pemuda PPBM mahu menganjurkan program ‘Nothing To Hide’ yang bakal dihadiri Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu dibangkitkan pihak tertentu, termasuk dakwaan berkaitan kekayaan anaknya.
Pada masa yang sama, sayap PPBM juga mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak supaya hadir bagi menjawab isu-isu yang mahu diketahui rakyat.
Ketua PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, pihaknya mahu menganjurkan sesi itu susulan cabaran salah seorang exconya, Muhammad Hafiz Azhar yang mahu bekas perdana menteri tampil memberi penjelasan segera berhubung kekayaan anak-anak beliau.
“Saya percaya jika kita berjaya menganjurkan dialog atau forum bersama Dr Mahathir dan Najib, tiada lagi masalah sebegini akan berlaku,” kata beliau merujuk kepada program ‘Nothing To Hide’ yang sepatutnya diadakan di PWTC 2 tahun lalu, tetapi dibatalkan atas faktor keselamatan.
Program ‘Nothing To Hide’ ketika itu dirancang untuk menjawb isu berkaitan 1MDB. Dr Mahathir hadir di PWTC ketika itu.
“Di sinilah platform untuk bertanya sebanyak mana pun soalan yang hendak ditanyakan.
“Kami Pemuda PPBM bersedia menganjurkan forum Nothing To Hide. Dr Mahathir sendiri akan turun bagi menjawab soalan. Saya cabar Najib untuk turun ke forum ini,” kata beliau pada sidang media di sini hari ini.
Hafiz meminta penjelasan Dr Mahathir dan Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tampil dan membersihkan nama mereka berhubung isu kekayaan dan tuduhan skandal bersama seorang wanita.
Hafiz berkata, Dr Mahathir dan Muhyiddin perlu tampil demi menjaga imej dan nama baik PPBM.
Beliau memberitahu, cabaran Hafiz itu tidak mewakili pendirian Pemuda PPBM, sebaliknya ia hanya pendirian exco itu sendiri sebagai individu.
“Saya telah menghubungi beliau beberapa kali untuk mendapatkan penjelasan daripada beliau tetapi tak dapat dihuhungi. Saya kecewa dengan Hafiz sebab kita ada banyak saluran lain seperti forum PPBM untuk dia tanyakan soalan. Tetapi dia tidak gunakan saluran itu.
“Kita akan siasat tindakan Hafiz dulu sebelum ambil tindakan disiplin,” kata beliau.
Program ‘Nothing To Hide’ dijadual untuk diadakan oleh sebuah NGO pada 5 Jun 2015.
Syed Saddiq berkata, surat jemputan kepada Najib akan dihantar ke Pejabat Perdana Menteri esok,
LIHAT VIDEO DI SINI
Appear First on Malaysia Sepekan
Demikianlah Artikel Pemuda PPBM anjur Nothing To Hide, turut undang Najib
Sekianlah artikel Pemuda PPBM anjur Nothing To Hide, turut undang Najib kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Pemuda PPBM anjur Nothing To Hide, turut undang Najib dengan alamat link https://malaysiasepekan.blogspot.com/2017/06/pemuda-ppbm-anjur-nothing-to-hide-turut.html